Halaman

Peminat Setia ku..

Ahad, 31 Oktober 2010

Hati Aku Bukan Siapa...Siapa...

Sesuatu telah berlaku..
Sesuatu yang sangat aku tak suka..
Ini bukan yang pertama tapi entah yang keberapa...

Aku tidak pernah memaksa sesiapa memahami situasi aku kecuali dIa....
Tapi dIa..
Aku rasa seperti hadirnya aku hanya utk memahami situasi org tnpa org pernah
memahami bahawa aku jua punya rasa..

Aku cuba jadi yg terbaik utk dIa..
Aku sukakan apa yg aku tak suka.. Sebab dIa.. suka..
Aku tak pernah berhenti memahami keadaan dIa..

hati aku sedang lara. Ia adalah serius. Sebuah lara yang aku rasa sangat payah. Aku rela jauh-jauh disini daripada berada dekat.

Aku nak lari kemana? Tidak boleh lari. Aku tiba-tiba jadi benci!

Kenapa hanya aku yang kena faham ini? semua yang ada kenapa melepaskan pada aku sahaja? Bukankah dIa.. ada hidup baru dan saya yang perlu dIa.. jaga?





Rabu, 27 Oktober 2010

Hari..Hari Mau...




Kalau dah suka makan makanan tuh boleh makan hari2 pn x jemu..
Dah seminggu aku ngan kawan aku asyik makan makanan bersup..nih..
Ahad bihun sup isnin koteaw sup selasa moi sup rabu mee sup..
Boleh dikatakan hari-hari mau...
Khamis bihun + koteaw + mee plk kot keh3..

Kadang2 bila x makan pagi rasa satu mangkok x ckp laaa...
klu blh aku nk mangkok macam kat bawah nih
baru kenyang....






Si Nujum PauL Dah Mati...



Sotong Paul yang menjadi isu hangat semasa pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan kerana meramalkan tepat keputusan-keputusan perlawanan penting disahkan mati pada pagi (Selasa/26 Okt 2010) Ini disahkan oleh Sea Life Aquarium, Jerman, pusat akuarium yang membela Paul. Paul yang berumur 2 tahun setengah dijumpai mati di dalam tangki tempat dia disimpan.

Dia mati disebabkan penyakit biasa pada sotong dan bukanlah satu yang pelik sotong mati dalam umur yang pendek. Antara haiwan lain yang mengikut jejak langkah Paul ialah burung bayan di Singapura dan burung kakak tua Lorenzo di Hannover, Jerman.

Namun burung bayan & burung kakak tua tidak sebagus paul.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.







Selasa, 26 Oktober 2010

TeringaT Suatu Masa Dulu...



Hari nih datang keja lambat sikit geh3..aku p perkena roti telur sama roti bOOm..
Korang tgk laki mkn roti bOOm ja binik mkn dOuble roti telur + roti bOOm
apa punya lantak la si bini nih heeee...

Sampai ja kat lab aku terpandang sesuatu..seekor serangga yg x berbisa..
Melihat serangga itu aku tersenyum...
Ingatan aku terus mengimbas kenangan dulu sewaktu aku berumur 7thn..
Aku ngan jiran aku sgt suka menangkap serangga nih..
Balik ja sekolah terus tukar baju laju2 dan dgn perlahan2 keluar umah mcm
pencuri takot mak nmpak..
Kalau mak nampak sudah pasti projek kami akan tergendala..
Jiran aku tuh lelaki umur 6thn muda stahun dari aku..masa tuh dia x sekolah lg..

Jadi masa keluar umah aku nampak dia dh tunggu aku kat belakang umah bwah pokok pelam..
tuh pOt aku ngan dia..klu bulan posa kami lepak bawah pokok tuh la heee..
sambil mkn buah pelam...
Bila dah berjumpa kami terus lari menuju ke padang ikot jln shortcut...
Best masa tuh dalam kepala hanya ada rasa gembira ja..

Sampai kat padang kami terus berjalan mencari jejak serangga tuh tiba2
serangga tuh terbang kami terus ligan..bila serangga tuh kembali menghinggap
kat rumput aku ngan kawan terus terkam..
Kadang2 punya pulun nk tangkap sampai belaga kepala heee...
Tengok nasib jgk kadang dpt kadang x..

Pernah suatu hari bila kami x dpt tangkap seekor pn serangga tuh..aku rasa geram sgt..
Sampai kami bergaduh aku selalu marah2 kawan aku tuh.. dia lembut ckit tapi bukan 'sutun'
tau.. dia byk mengalah ngan aku.. Dan yg paling lawak tentang dia kerengga pn dia takot..
Aku la penyelamat dia..
"hg la punya pasai dok x diam..tgk dh terbang"
Aku x mau balik dengan tangan kosong jadi aku masok dalam semak dgn harapan
aku akan dpt tangkap serangga tuh..
Belum sempat masok dalam semak kawan aku jerit
" toksah la cari dlm semak kita cari kat sini dh la"
Dengan marah aku balas " tak mau ikot sudah dlm semak mesti lg byk"
Dengan terpaksa dia ikot jugak aku..heee...

Tak sempat pn tangkap serangga tuh tiba2 aku terdengar nma aku ngan nma kawan aku
di seru..
Ohh..tidak aku sgt cam suara itu..aku suruh kwn aku diam tapi nmpaknya nasib
x menyebelahi aku..kami dapat jugak di kesan.
Dengan ranting pokok ditangan mak ckp " haaa..mana mau lari"..
Aku terus bgn nk bukak langkah blm sempat langkah di buka zassss....ranting pokok menghinggap kat blakang..." aku terus meraung ampon mak x buat dah"
Terus aku lari..
Tak aci tau aku ja kena kawan aku x kena pn..huhu..
Sambil ligan sambil mak beletiaq "tgh hari rembang keluar umah bru ja blik sekolah x dan mkn pn..apa nk jadi ngan hg nih"

Sampai kat umah masok bilik kunci dari dlm terus teriak dan kemudian terdengar jugak
suara seseorang teriak..aku tersenyum baru adil..kawan aku pn kena jgk ngan mak dia..
Tak seronok hari tuh sebab x dapat tangkap seekor pn BeLaLanG heee..
Sakit ja dapat...malu pn dapat mau taknya sepanjang jalan nak balik umah orang
tengok aku kena ligan ngan mak...heee..
Tapi dlm hati 'esok nak p tangkap lg'....







Ahad, 24 Oktober 2010

CoklaT PutinG


Bertemu kembali kita disini alhamdulillah aku masih boleh menulis sesuatu..
Walaupun 2 3 hari nih emOsi aku sgt terganggu..
Biasalah selagi kita bergelar hambaNYA kita x kn pernah selesai di beri bermacam2
dugaan..

Dan semalam satu lg dugaan menimpa seseorang yg aku syg..
Entah la utk memberi nasihat aku sendiri agak keliru..
Aku sngt tkot utk berkata2..tak mcm slalu..
Takot kata2 aku akan memburukn lg keadaan..
Walaupun sesungguhnya dia sememangnya berperagai buruk..
Walaupun sesungguhnya aku rasa tanpa dia org yg aku syg itu masih bisa hidup..
Dan aku merasa sgt marah kepada mereka2 yg selalu mgacau keharmonian hidup org.
Dengan menimbulkan begitu byk persoalan yg mengelirukan..

Tiada satu ayat pun yg terkeluar dari mulOt aku utk menyebut perkataan SABAR aku
bimbang perkataan itu akan menimbulkan kemarahannya.
Kerana aku pasti kesabarannya sudah hilang..hatinya sudah sebu diperlakukan
sebegitu..
Dia sudah banyak bersabar tapi apa yg dia dpt...Hanya kesakitan..

Aku sgt bersimpati padanya tapi apakn daya aku x bisa mmbantunya sperti dulu..
Aku sudah mmpunyai kehidupanku..Andai aku seperti dulu..
Akan aku sentiasa disisimu...

Walaupun wajah sentiasa tersenyum tapi di dalam hati hanya kita ja yg tahu..
Mujuq cOklat puting ada..


Keh3..aku ngan panda kasi nama cOklat nih cOklat putinG sebab bentuk dia
macam puting. Nama betOi cOklat nih cOklat kiss2 klu x salah la..


Dah lama x makan cOklat kebetulan mak baru balik dari langkawi dpt la rasa 2 3 biji..
Aku culik dari peti ais..umah mak..
Apo kena mengena masalah ngan coklat..??
Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.
Sebab tuh bila mamam cOklat disaat2 nih terasa sgt layan sekali..
Coklat dapat mengurangkan tekanan heee..


Coklat juga mengingatkan aku pada beberapa org yang juga hantu cOklat..





Khamis, 21 Oktober 2010

Untuk Yang Tersayang...




Hari nih 21/10/10 incik suami akan ke KL utk menghadiri majlis perhimpunan
agung UMNO..
Dan semalam aku mengajak incik suami ke sini....


Zon Bebas Cukai a.k.a Duty Free..

Memborong sesuatu untuk incik suami..
Mula2 ingat nk ke sini masa rehat tapi dibatalkan sebab takot lambat plk masok
keja. Jadi kami laki bini ke sini lepas balik keja..
Muqriz ditinggalkan kat umah pengasuh dulu balik dari shopping baru kami ambik dia.

Nak balik dah jap ja ke sini. Lagipun x la jauh sgt pn..



Di sini agak sibuk pada jam 6.00pm. Banyak gila lori.. Kalau muqriz ada
mesti mulOtnya bising tgk lori..
Apa yg best sgt tgk lori aku pn x tau yg pasti bila dia nmpak lori dia jadi sgt teruja..


Nih la barang yg saya beli utk incik suami baju kemeja..
Berjalur warna merah biru dh mcm kuih lapis keh3..


Ke mana jua aku pergi kalau nampak baju2 baby mesti aku borong jugak..
Yeah..nih utk anak bujang aku jua sepasang baju..POPEYE..
Untuk aku takde pn uwaaa...



Rabu, 20 Oktober 2010

Pada Suatu Hari....


Pada suatu hari tuh aku ngan incik suami sangat la lapor..
Sebabnya kat tempat keja masing2 x sempat nak makan..
Balik keja lepas amik ja muqriz kat umah pengasuh incik suami terus
memecut kereta ke kedai makan..

Sampai ja kat kedai makan kami duduk laju2 oder pn laju2....haaaa..
terukkan bila dh lapo nih...

Muqriz plak bukan blh p kedai makan mulOtnya sgt bising tuh blm nmpak
makanan klu dh nmpak mcm kena histeria pn ada..ades pening nk layan..
Kalau kedai yg ada kerusi utk baby senang sikit..klu x dak jenuh skali dia
kelupuq mcm nk selerak semua benda..

Nasib x menyebelahi kami sekeluarga hari tuh..makanan yang di oder sgt la
lambat sehinggakan anak teruna aku naik merOyan..


Tengok2 sapa yg lebih lapo..










Isnin, 18 Oktober 2010

Sekadar Nasihat..



Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat di dunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri







Khamis, 14 Oktober 2010

Bermulalah Episod Sedih Dalam Hidup Aku..

Saya sangat sedih dengan keadaan kesihatan muqriz 2 3 hari nih..
Walaupn kalau nk dibandingkan keadaan anak org lain dengan anak saya..
Anak saya jauh lebih baik..

Tapi...

Saya tetap risau..

Dan saya sgt2 tak suka apabila anak saya di paksa2 shingga menangis dgn keadaan yg
amat menyedihkan..
Hati saya bagai di robek..

Tapi...

Apakan daya mencegah lebih baik dari mengubati..
Oleh itu saya terus bertukar...

Menjadi super Kuat...

Dalam Hati saya menangis..


Cian muqriz dan org yg memaksa muqriz adalah saya..


Saya bertambah sedih dan terharu bila muqriz memandang
wajah saya dgn penuh rasa simpati..
Dari matanya saya faham dia ingin saya
bukakkn benda alah tuh..

Maafkan ibu adk ibu mahu adk cepat sembuh..
Ibu terpaksa..

Ahad, 10 Oktober 2010

Muqriz..muqriz..



Cerita pasai anak lagi korang boring x..
Tapi ada kerr..org yg membaca blog aku...tgk macam sunyi ja tanpa pengunjung..
Tak kisah la ada ke tak org datang yang peting aku nk coretkan sesuatu utk
mengembirakan hati aku..

Cerita nih dh lama berlaku tapi hari nih baru aku berpeluang bercerita..
Ada satu malam tuh bertarikh berapa haribln tah aku pn dh x hingat..
Seperti biasa Incik suami,saya dan muqriz ngah enak di buai mimpi..

Tiba-tiba...

Terdengar muqriz menangis..bunyi seperti dlm kesakitan..
Aku & incik suami apa lagi terus bangun..sambil gosok2 mata bila dh nampak terang sikit..
Terkejut besaq aku bila tengok tempat tido muqriz yg x jauh di sebelah aku KOSONG....

Mana anak aku x kan jatuh katil kot..X mungkin aku tido sampai x pasan muqriz bergerak..
Rupanya kepala muqriz terlekat kat besi katil..
Macamna la dia tido sampai boleh kepala dia masok dlm lubang katil tuh..




Aku panik seketika sbb bila aku tarik kepala muqriz utk keluarkan dari lubang katil tuh..
rasa mcm tersangkut ja..kepala aku ligat bfikir klu x blh tarik keluar mcmna plk kpala
dia blh masuk..
Dalam ngah panik tuh incik suami yg dok mamai tuh blh dia buat lawak..
Tapi masa tuh aku bkn nk gelak aku nk marah owh....
Sebab muqriz ngah melalak makin kuat dari tadi....aku kecut dengar dia menangis mcm tuh sbb
dia jarang menangis sebegitu rupa..aku risau klu dia dlm kesakitan..

Korang nk tau apa incik suami buat...jap aku gelak dlu keh3..kah3..
Incik suami cuba tarik besi tuh kasi lubang besi tuh besar..
Masa tuh aku marah dia sbb aku pasti sgt besi tuh x knnya nk jadi besar..
Tapi aku tau incik suami ngah mamai sbb tuh dia buat mcm tuh..
Lepas kopakkn besi x bjaya aku sruh incik suami tekan tilam ke bawah sambil aku tarik
kepala muqriz..alhamdulillah berjaya..

Lepas ja kpala muqriz kuar rasa nk tergelak membuak2..
apa lg aku gelakkn incik suami..sambil ckp..ish2....kuat sunggoh besi katil tuh..
Incik terseyum mcm kerang busuk..
Sejak dari kejadian tuh smua lubang aku tutop ngan bantal..
Takot pisang berbuah 2 kali....

Nih la budak byk akal tuh...



Rabu, 6 Oktober 2010

Ragam Anak Teruna Saya..

Sebelah malam selalunya muqriz akan makan & mandi dengan ayahnya..
Ke mana saya ketika itu...saya ngah bersilat kat dapur..
Haaaa..x percaya ka..terpulanglah..
Tuh pun kalau mood saya super rajin klu x..
Tak berasap la dapur tuh...



Sudah ja mandi anak teruna saya akan memilih baju utk di pakai..
Dalam umur setahun jagung dia sudah pandai berdikari...



Lihat lagak dia memilih baju buat saya kagum seketika..



Baju pilihan hati muqriz semuanya baju baru..baju yg sesuai utk ke pekan..
Adakah muqriz nk bgtau yg dia nk ke pekan owh..
Bila saya cakap "adk ambik baju yang nk pakai utk tido"
Dia memandang saya..mungkin dia nk cakap "yg nih ka ibu"



Tuh la antara baju pilihan muqriz..Yang dia x suka di campak kat tepi..
Yerr..nanti ibu kemaskan..Habis bersepah muqriz mcm tau2 ibu nih rajin nk kemas..
Keh3..nak marah kecik lagi..tapi org cakap klu nk ajar budak2 kena biarkan ja dia
buat sambil terangkan apa yg dia x tau..

Psttstt... klu aku ckp dia faham kerr..kdg bila aku ckp ngan dia.
Reaksi dia mcm faham...







Selasa, 5 Oktober 2010

...PMR..



Hari nih anak buah & adik kesayangan saya akan menduduki peperiksaan PMR.
Saya harap mereka berdua dapat menjawab dengan tenang & semoga segala
urusan mereka utk menjawab dipermudahkan amin...

Sudilah kiranya kawan2 jugak turut mendoakan kejayaan mereka.
Terima kasih errrkk..

Pagi tadi sewaktu bersalam dengan anak buah & dia mencium tgn saya ..owh..
di dada terasa sangat sebak..hanya senyum saya berikan padanya..
Dan tiba2 terkeluar "good luck kakak"..



Tak lupa kata2 semangat untuk adik saya..
Sebaik saja mendengar suaranya di corong telipon air mata saya laju
mengalir..
Ades benci betoi napa erkk..aku tlalu murah ngan air mata..
Berkali2 adik ckp Hello.. dan akhirnya stelah mgumpul kekuatan..
"adk jawab elok2 na..buktikan adik boleh"...
Terus aku letak..aku dh x blh nk bcakap lg..







Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...