Halaman

Peminat Setia ku..

Isnin, 31 Januari 2011

Berakhir January Dengan Satu Tragedi...

Balik keja petang tadi incik suami singgah kat bengkel ambik van yg ditinggalkan
hari khamis minggu lepas rosak biasa la van dah uzur..
Incik suami suruh aku balik dulu ngan si comel..
Aku pun mengikut perintah..

Masa masokan gear reverse aku perasan ada satu lori tuh nk reverse gak..

So aku bg lori tuh p dulu..
Disebabkan kedai kat depan jln yg sibuk terpaksa tunggu dgn begitu lama utk dpt keluar
dari kedai tuh..
Masa lori tuh nk keluar pemandu lori asyik brek lori dia secara mengejut kali yg ketiga
aku ingat dia mmang dh nk kuar ke jalan tapi dia brek mengejut lg.

Terkejut aku..aku mula rasa mcm ada yg tak kena..

Tak dan habis pikiaq lg
TIBA-TIBA lori tuh mengundur ke belakang aku ngan
kalutnya masokkn gear reverse tapi bila dh dlm keadaan kalut gear plk sangkut..

Aku jerit dalam keta ohh..tidak makin dekat..aku bunyikan hon banyak kali..
Tapi hampa pemandu lori tuh x dengar dia still undur gak..
Dan berlaku la pergeselan..yg x kuat tapi berjaya gak calarkan si comel..
Cian Si cOmel dah la skirt patah belum diganti nih plk dah calar lg..

Dah habuan apa nk buat..

Masih layakkah..


Masih layakkah seorang manusia itu digelar sebagai manusia jika perilakunya
sebegini..
Kemana hilangnya rasa perikemanusiaan & akal fikiran..

Sampai hati mereka melakukan ini..
Tidakkah mereka rasa bersalah & rasa
takot..
Entah apa yg mereka rasa sampai mereka tergamak lakukan ini..

Uwaaa..aku mahu menanggis. Cian baby
dihukum tanpa sempat mengenal ibu & ayahnya..
Kau buang zuriatmu yg nanti bakal mendoakan kesejahteraan hidup..
Tiada lg siapa yg dpt membantumu nnti..

BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Ahad, 30 Januari 2011

Pernantian Satu Penyiksaan..

AyoYo...x suka tau kena tunggu incik suami..gunting rambut sangat2 lama..
Suko sgt incik suami mai gunting rambut kat cini..kenapa agaknya..?
Mau tak suko bukan saja gunting rambut dapat urutan kepala lg..

Isteri macam nk tumbuh janggut dh dalam keta..mulot isteri pun asyik berleter ja..
Sabar..sabar..sabar..sabar..
Lepas rambut janggut plak..
Lepas janggut misai plk ohh..tidak..
Nasib seorang isteri sadis betoi..

Jumaat, 28 Januari 2011

Contest Aksi Makan Yanmieonline.com


Jam dah menunjukkan pukul 12.59am...dari pukul 10.59pm aku cari pic utk nk join contest nih.. perghh..semangat apakah yg merasuk aku mlm nih aku pun heran..

Sebelum nih tak pernah pulak tergerak hati nk join contest tpi kali nih rasa bersemangat plak..
Aku tahu contest nih dari seorang sahabat blog dia jugak join contest nih..beliau adalah Kak biTT..


Contest Aksi Makan Yanmieonline.com di taja khas oleh





Taraa..ini lah fotonya..
Pic anak bujang aku Muhammad Muqriz Amjad ngah makan rangka ayam..

Khamis, 27 Januari 2011

Menu Tengah Hariku

Hari nih dengan penuh seleranya aku
telah menjamu perOtku dgn Meggi
TomYam Sayur tau..apa lauk pn x de..
Sayur semata2 nk berkhasiat konon..

Lagipun aku x boleh sgt mkn seafood
sebab akan gatal2 satu badan..
Tapi bila gatal2 tuh nampak dh ok
sikit. Akan ku bedal jugak makan seafood. Balik
umah baru nk rasa menyesal bila dah
letih mengaru..

Makan laju gila tadi & tiba2 aku tertokak cabai melaka perghh....mcm nk pitam..pedas gila dh la tomyam tuh pn dh pedas..
Bibir terasa seperti ning baizuras.. rasa bibir tebal wehhh..punya la pedas.. Tapi mkn tetap kena kasi habis jugak..
Tak baik membazir kan amalan syaitan tuh..
Sekian..

Kisah Semalam..


Kandungan aku dah masuk 4bln cepat ja masa berlalu..aku blm bersedia..
Bersedia @ tak aku kena hadapi jgk..sama seperti klahiran baby pertama aku
Muhamad Muqriz Amjad masa tuh pn aku rasa mcm blm bersedia..
Lagipun anak pertama & pengalaman pertama..
Syukur alhamdulillah ALLAH permudahkan segalanya..

Minggu lepas masa check baby kat klinik nurse ada tanya aku ada rsa pergerakan baby tak?
Aku cakap tak dak pn..Nurse tuh tnya lg betul kerr..tarikh last peOd yg aku bg tuh..
Aku ckp betul la..Nurse sruh aku bring atas katil..then dia uli2 perOt aku ke kanan ke kiri..
Nurse cakap awat x dapat rasa apa pn..slalunya bln dh blh rasa & ada pergerakan baby..
Wahh..ya ka mcm tuh nurse napa saya x rasa pn..
Nurse ckp x perr..bln 2 awk p check kat klinik changloon..

Ades nurse bln 2 kn lambat lg kalau ada apa2 mcmna..betoi ka baby ok nih..
Aku rasa sgt risau..balik dri check perOt aku terus cari maklumat tentang
perkembangan bayi nih yg aku dpt...

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu sentiasa sihat dan bertenaga. Bayi puan telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali. Bayi juga sudah melakukan pergerakan..

Selesai ja baca artikel nih aku rasa bertambah risau sebabnya aku tak dapat rasa
sebarang pergerakan pn dari baby..
Semalam masa nk tidokan muqriz kami berbaring sama2 atas katil aku cuba tenangkn
fikiran sambil memengang perOt dan aku rasa sperti tgn aku ditolak dri dlm..
YahOOO...adk cpat baby dh gerak..aku ambik tgn muqriz dan letak kan perOt aku..
muqriz terseyum mcm kerang busuk..
Aku jua turut tersenyum lega rasanya dapatlah aku tido lena mlm nih..
Mcm la aku nih jenis yg payah tido heeee....



Rabu, 26 Januari 2011

Geram..memang saya geram..

Entah sudah mati akal macamna lg nk bgtau..nk ckp..
Saya Murni kalsom Bt Ibrahim sudah bersuami sudah ada anak..nak masuk 2 nih..
Aiseh..awat yg payah sangat nak faham nih..
Dok miskol2..dok msj2..

No dah tukar pn dia boleh cari lg..hebat betoi mna dia dpt tak tau la..
Bila no dia aku dah tau..di tukarnya plk no lain..
Tapi dia ingat aku tak tau..
Walaupun seribu no awak tukar saya dah dpt agak sapO awak..
Ades geram betOi ngan mamat sOrang nih..

Sapa ada cadangan nk lupuskan mamat nih ...tolong kasi idea kat aku k..

Selasa, 25 Januari 2011

Muqriz vs Mainan..


Assalamualaikum semua kawan2 blogger..
Muni harap kawan2 semua berada dalam keadaan yg sihat hendaknya..
Family muni alhamdulillah sihat cuma muqriz ja 2 3 hri nih mcm nak demam..
Mula2 dapat selsema pastuh batuk dan pg tadi badan dia panas cikit..
Muni dah bagi ubat deman harap2 muqriz akan cepat sembuh..

Tahukah kawan2 bahawa mainan untuk bayi tidak hanya sebagai hiburan tapi juga dapat merangsang perkembangan bayi? Oleh tuh muni cerewet jugak utk memilih mainan apa yg baik utk muqriz..
Di rumah muqriz tak mempunyai banyak mainan.. Cian kat muqriz..
Walaupun tak banyak mainan yang muni belikan untuk muqriz tapi cara muqriz bermain ngan
mainannya sgt memuaskan hati..



Kereta nih muni dah simpan atas almari sebab muqriz suka sgt panjat & satu lg yg paling tak tahan muqriz suka buat aksi ala2 mat rempit..
Sampai terlentang keberlakang yg peliknya dia tak serik2 buat aksi tuh wlupn dia dh jatoh 2 3
kali.. 5 minit dia teriyak pastuh dia sambung main balik.
Risau jugak tengok muqriz mcm tuh sebab masa jatoh kepala dia kdg2 akan terhantuk kat lantai.
Sebab tuh muni suruh incik hubby sembunyikan ja keta mainan tuh..







Yang nih mainan kegemaran muqriz..dia suka dengar bunyi2 muzik..
Dan sekarang disebabkan udah terlampau terrer main mainan nih dia tak lg menggunakan jari utk menekan butang2 mainan tuh..
Kadang muqriz guna kaki utk main benda alah nih..
Panas ja muni tgk..bila muni tampar kaki dia..
Dia akan lari sambil tersenyum..bukan dia x tau kata muni x bg buat mcm tuh tapi dia suka buat jgk..
Mungkin dia nk tarik perhatian muni kot..
Yerr..la seharian x nmpak ibu bila jumpa ja mcm2
la kisahnya..













Mainan nih mula2 muqriz main dia cepat boring..
Mau tak nya..mainan nih dia kena beri perhatian lebih utk masukkan bentuk bongkah ke dalam acuan
yang betoi..
Sekarang bila dh pandai masokan hari2 dia nak main..
Bila boleh masokan bongkah tuh muqriz akan tepuk
tangan tanda dia berjaya..
Gembira tengok muqriz main..
Sekian sudah cerita bab mainan muqriz..



Ahad, 23 Januari 2011

Isteri Bekerja..

Di zaman serba canggih sekarang ini, ramai isteri terpaksa bekerja atas pelbagai sebab.
Kos sara hidup yang semakin meningkat juga salah satu faktor menyebabkan isteri zaman sekarang terpaksa bekerja..

Aku juga salah seorang dari isteri yg bekerjaya ececee..mcm kerja bagus sgt bunyinya geh3..
Kadang2 tuh pernah jugak aku berangan jadi suri rumah sepenuh masa..perghh..best klu blh..
Seharian duduk di rumah bersama muqriz mesti best..
Tapi aku sedar bahawa aku perlu bekerja membantu incik suami..
Kalau duduk umah pn letih jugak wehh..ingat boleh gOyang kaki ja ka..
Tah2 lagi byk keja yg nak dibuat..

Ya aku akui 90% aku bekerja adalah utk membantu suami..10% lagi utk diri aku sndiri..
Lagipun aku punya kereta yg masih panjang hutangnya utk dijelaskan..
Aku plak bukan jenis yg suka meminta mungkin sudah terlatih sejak kecik apa saja yg aku
nak akan aku usahakan sendiri sampai dpt..
bertuah kan incik suami dpt isteri mcm aku haaaa...bapak perasan..

Dan aku masih ingat hari pertama mendapat status seorang isteri aku dh diajukan dgn satu soalan.."lepas kawen nih kerja x"?
Aku tak suka dengan soalan tuh..dalam hati berbicara mcm2...
Terasa mcm aku menjadi seorang isteri yg bakal menyusahkan suami klu tak keja..
Macam2 yg hanya aku yg tahu..hanya dlm hati aku..

Dalam kehidupan aku byk benda yg bermain difikiran..lemas rasanya bila otak di rasuk
dengan soalan..
Aku cuba memunasabahkan hati dengan membaca byk ilmu pengetahuan..
Supaya hati & otak aku menjadi lembut dan menerima apa jua masalah yg dtg..
Aku juga suka membaca nasihat dan komen2 yg seolah2 memujuk.
Walaupn hakikatnya aku tahu ianya x kan berubah..

Khamis, 20 Januari 2011

Ibu Sikit Ayah Sikit Baru Adil..

Apa kes nih Ibu sikit ayah sikit..
Meh aku cerita kat korang heeee..

Mula2 aku langgar batu bumper si cOmel
pecah sikit smpai lampu kecik tuh ja



Pastuh incik suami plak langgar bangkai anjing kat tengah jln..
Nah ambik bumper pecah smpai separuh...uhuk..huhuu..

Cian si comel..
Aku teriyak sambil ckp..
abg ganti balik bumper si comel abg bg pecah byk..
Adakah ini adil..geh3..


SerOnOk..

Melihat perkembangan anak di depan mata,muni sbg ibu rasa sgt2 gembira..
Macam2 telatah yg muqriz tunjuk kdg buat kami sekeluarga gembira & kadang rasa nak marah jgk..
Tapi semua telatah dia menghiburkan kami..terlupa sbentar masalah dunia yg selalu menghimpit otak..
Terima kasih sayang sbb hadirmu mengembirakan ibu & ayah.

Terima kasih yg tak terhingga jua ku panjatkan padaMU Ya ALLAH kerana memberi aku peluang menjadi seorang ibu..
Dan hukum karma telah mengajar aku erti perjuangan,kesakitan & kasih sayang seorang ibu..
Baru aku mengerti KENAPA yg selalu aku persoalankan dulu...kerana aku kini jua seorang ibu..seorang ibu yg sgt sayang & risaukan anak kesayangannya..

Muqriz masih perlu di awasi gerak gerinya. Sebab dia suka sangat buat mcm2 aksi yg
blh mencederaankan diri dia.
Budak2 la katakan mana dia tahu klu buat tuh jadi apa sakit ka dak..
Penat memang sgt penat mna nk layan muqriz mana nk buat kerja umah mcm2 lg.. mcm la kerja umah byk sgt geh2..
Tapi penat hilang bila tgk muqriz tido heee..

Pic kat atas tuh aku ngah melayan muqriz main kat playground...
Bukan main laju dia laju sat2 p main sana sat2 lari plk semput aku ligan..
Sangat serOnOk tengOk muriz main..

Selasa, 18 Januari 2011

Entah La....

Haaa..tajuk tak boleh blah...
Entah La..

Sebenarnya aku dh byk kali buka tutOp new post heeee..
Terasa nak tulis sesuatu tapi sesuatu tuh x nk plk keluar dari fikiran..
Gamaknya dia nk jadi pekasam dalam otak tuh..

Tadi ngah merewang kat Fb aku terbaca sesuatu...bunyinya mcmnih..

Antara punca berlaku pertelingkahan dlm rumahtangga ialah kegagalan individu sama ada suami atau isteri utk meninggalkan dunia bujangnya sblm ini. Perkahwinan bkn saja mengubah status anda malah menambah tgjwb dan peranan yg perlu anda laksanakan. Kalau tak sggup lepaskan zaman bujang, JGN KAHWIN sbb perkahwinan bkn permainan atau makmal kajian!!

Sungguh aku setuju ngan kata2 nih..aku jua pnya masalah dgn hal nih..tpi tak la seserius
mana.. Mungkin kerana aku yg suka melayan perasaan maka hal nih slalu buat aku sedih..
Sangat payah utk merelakan tambahan plk hanya kita yg merelakan utk kebahagian org..

Kadang aku rasa mcm budak kecik yg asyik sgt merajuk minta difahami..
Susah..sgt payah aku rasa..
Dia pinta aku fahami dia aku jua mahu dia fahami aku..
Mahu saja aku jerit tapi pada siapa..

Aku ingin belajar jadi terbaik utk dia tapi aku sgt lemah..
Lemah bila suara luar merasuk aku..
Aku ingin relakan semua yg terjadi...
Kerana aku tahu ini hidup aku..

Aku mohon berikan aku masa utk cuba menerima..
utk cuba mengubah sesuatu yg pahit menjadi manis..adakah itu boleh..?
Bak kata Cikgu Iman "kita kena kuat, Wlupn pada hakikatnya kita tak sekuat mna"

Ya..akan aku cuba utk hidup aku bukan siapa2..hanya aku yg bisa mengubah
hidup aku sendri..
Kawan2 tolong iringi doa utk aku..

Selasa, 11 Januari 2011

Muqriz...Ahai...Muqriz..



Cerita kali nih dimulakan ngan pic budak nih..kenapa? Sebab cerita kali nih
berkaitan budak nih..Muhammad Muqriz Amjad bin Rizal..

Pagi tadi aku ke tempat kerja seperti biasa..cuma berjalan kaki beramai2 utk sarapan..
Memeluk erat handbeg kesayangan aku pemberian abg syg..
Menu sarapan aku pg tadi nasik minyak + telur goreng + sambal ikan bilis = sodap....
Bila bayar kat si isteri lauk mcm yg kat atas Rm2.20. Pagi tadi byar kat si suami plk
nasik & lauk mcm kat atas RM1.50 perghh...
x boleh blah si isteri..ptot ermm..panjang sgt
masa mgira..
Seronok mkn beramai2 bergelak bergosip..mcm2 ada tapi diingatkan disini kami
bkn gosip jahat skadar gosip mhilangkan stess ja..haaa..x baik tau..

Sudah ja mkn semua berpecah mengikut tugasan sperti yg ditetapkan..
Aku bersama 2 kawan pompuan & seorang lelaki ke kolej perwaja menyediakan
komputer utk pendaftaran pelajar baru..
Di saat nih la aku rasa badan aku macam ada benda bjln..tiba2
rasa gatal & sakit bila aku pegang kat tmpat yg gatal tuh rupan2nya semut merah...
Aku ngan marahnya tenyeh semut tuh smbil dlm hati bkata " ambik kau"
Ingatkan semua tuh dh berakhir tiba2 rsa sakit lg..lg..lg & lgg..

Uwaaa...byknya semut kat badan klu x ingatkan ada org laki dh lama bkak baju..
Kwan aku dtg btanyakan perfume bila bukak ja handbeg utk ambik perfume..
Aku nampak semut merah byk sgt..geramnyaaa mna dtg semut dlm handbeg..
Bila aku keluarkan smua brg dlm beg aku ketuk2 beg utk kluarkan smua semut..
Dan ada sesuatu yg jatuh bsama2 semut cebisan roti chesee yg abg syg beli semalam..
Haaaa..dh tau nih kerja siapa..masa nih rasa mcm nk pekik nama Muqriz kuat2...
Huhuuuu...sakit semut ketit..
Kemarahan berakhir di situ..

Balik kerja ambik muqriz kat umah pengasoh...aku goreng cucuq ubi & ayaq teh..
Sudah mkn mandikan muqriz pakaikan muqriz baju..
Tadi lambat plk aku cari baju tido utk dia..
Bila dh jumpa dgn pantas aku dapatkan muqriz huh..terkejut aku...



Muqrizzz..habis la bedak...


Bila di marah dia buat tak faham ja..



Boleh plk dia buat muka mcm nih..
Gamaknya dia ckp ibu cantik tak adk pakai bedak sndiri..
Aku rasa mcm nak bertukar ja...

Isnin, 10 Januari 2011

Aku Tak Pandai

Yerr.. aku bukan seorang wanita yg pandai ngaji pn sampai tingkatan 6 atas ja..
Tuh pn bila mak ckp nk kawenkan aku terus aku mengaku nk sambung belajar..
Aku ingat lg masa tuh aku x ambik tingkatan 6bwh pn aku trus msok 6 atas..
Perghh...hebatkan aku lOmpat kelas tuh kah3..
MySpace
Rasa nk gelak golek2 plk seronok jgk kan sekali sekala puji dri sendiri..
Patot la ada org suka puji diri tanpa rasa segan.

Sebenarnya apa yg aku coret kat atas tuh smuanya betoi tntang dri aku..
Tapi bukan la cerita sbenar yg aku nk bgtau korang smua..

Aku Tak Pandai...Tak Pandai apa nih..

Macam nih sebenarnya Aku sangat2 tak pandai sembunyikan perasaan aku..
Bila aku sedih air mata aku akan terus mengalir tanpa blh ditahan tak kira dgn siapa @ dimana
aku berada..
Abg syg ckp aku nih pelakon air mata tapi aku akan bgtau abg syg "nih bukan berlakon
nih betoi2 la"..

Abg syg ada rapat ngan seorang pak cik kat kampung dia..selalu jgk abg syg bawak aku
ngan muqriz jumpa pak cik tuh berborak tentang mcm2 hal..
Kami kenal tak lama tiba2 dia jatuh sakit..pernah sekali tuh masa aku melawat pak cik
tuh kat hospital. Aku menangis melihat pak cik tuh terharu betoi msa tuh..
Dalam hati berbicara "pak cik lepas nih sapa nk nasihatkan kami" haaa..gila tau masa tuh..
sampai anak2 dia tgk aku pelik gamaknya..Nak kata sedara tak kenal pun..
Bila dh nk balik aku salam ngan isteri pak cik tuh Ohh..dia peluk aku sambil tepuk2
belakang aku..
Mungkin mak cik nak ambik kekuatan dari aku tapi aku gagal utk berikan kkuatan tuh utk dia sbb aku menangis lebih dari mak cik tuh plk..

Tuh la aku kdg2 aku rasa mcm rimas jgk mpunyai perasaan yg mcm nih..
Tapi apa kan daya sebagai hambanya aku x blh menentukan hanya blh memilih
tapi bab nk pilih x menangis aku gagal..

Semalam pun mcm tuh masa melawat pak cik sebelah abg syg sakit..aku menangis jgk.
sampai pak cik pn turut menangis..
Korang rasa aku nih nOrmal tak?

Aku gagal betoi dalam mengawal perasaan...ades mcmna erkk..
kOrang ada pehtua x?


Isnin, 3 Januari 2011

Rindunyaa..sama blog...



Ades lama betoi muni x update blog terasa rindu sgt nk coretkan sesuatu..
Cerita banyak yg nk diceritakan tapi masa & tenet yg problem kdg2 membataskan muni
utk menulis..

Errmm..lagi pun sekarang muni ngah sibuk servis semua komputer kat semua lab uum..
Banyak gila sib baik tugas servis di bahagi kepada 2 kumpulan tak la teruk sgt..
Tapi kalau kena lab yg ada 50 pc semput jgk la..

Sebelum sem baru bermula semua makmal komputer harus dipastikan berada dalam keadaan
yang memuaskan.So kat bawah nih ada beberapa pic yg muni sempat ambik masa
member2 ngah gigih buat kerja.

Yang lawaknya member2 muni tak tau pun muni ambik pic lepa..
Kalau lepa tau mampOs kena marah...kalau kOrang baca korang diam2 k.. :p


















Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...