Halaman

Peminat Setia ku..

Rabu, 25 Ogos 2010

Selamat Hari Wanita Kebangsaan..


Tanggal 25 ogos negara kita menyambut Hari Wanita Kebangsaan.
Hari Wanita Kebangsaan sebenarnya telah mula diperkenalkan oleh Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim yang merupakan bekas Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO.

Dikesempatan nih aku nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Kebangsaan
kepada semua kawan2 aku terutamanya Wanita org laki jgn nyibuk k..
Ermm..bestkan ada hari wanita terasa diri ini dihargai sgt..

Untuk para bapa2 hargailah isteri anda kerana isteri anda adalah tanggungjawab anda.
Begitu juga ibu yg melahirkan & membesarkan anda kerana syurga itu dibawah terlapak
kaki ibu..
Ngah laju dok menaip aku mula berangan klu la di hari wanita semua wanita di beri cuti
dan hari tuh jgk tiada siapa pn dibenarkan menganggu wanita alangkah bagusnya..


Hari tuh jugak wanita diberi pelepasan utk memborong apa saja yg diingini..
Di sni..
l
l
l
l
v



Sini
l
l
l
l
v

WoW..wOw..dan wOw bestnya klu ia betoi2 terjadi..



Sekali boleh pi bercuti pulak kat tepi2 pandai bestnyeerrr..

Haaaaa....kuat berangan betoi aku nih..tapi klu la boleh syiok tuh..




Selasa, 24 Ogos 2010

Gatai Pi Tanya Sangat..

Ades geram betoi ngan mata nih..asal pukoi 12.00 ja ngantok..
Asal ngantok ja pukoi 12.00 apa kes..
Sampai ngah kira kertas pn blh lg tersengguk sampai lupa dh kira berapa..
Ingatkan ngantok sbb aku x tido dh lpas bgn sahur..
Tapi selepas aku buat kajian peribadi tentang masalah nih..
Lepas bangun sahur aku try tido tgk bila pukoi 12.00 aku ngantok jgk uhuk..
Serabut aku klu hari2 ngantok..






Sebenarnya aku bukan nk cerita pasai ngantok tapi tah la mcm mna blh
tertulis pasai isu nih plk..
Hari nih dh 14 hari kita berpuasa so selama 14 hari mcm2 masakan dh
aku masak ecece..aku masak ya la tuh keh3..
Dan hari nih aku dh x tau nk masak apa...
Fikir punya fikir aku hantar mesej kat abg syg..
Msj aku:Abg hari nih abg nk mkn apa?
Mjs abg syg: Ikot ayg la nk masak apa pn abg mkn ja..
suami saya amat memahami isterinya yg x pandai memasak keh3..
Msj aku: Ayg dh x tau nk masak apa..
Yerr..saya memang dh blurr..dh x tau nk masak apa..
Msj Abg syg: Ayam goreng kunyit tomyam campur & daging msk kicap..
Nah ambik ko tanya sangat sekali dia oder mcm kat warung plk..

Sebagai seorg isteri yg baik hee..perasan sat.. aku cuba penuhi permintaan suami aku..
Aku akan cuba masak Ayam goreng kunyit tomyam campur & daging msk kicap..
Rasa2nya blh mkn x nnti..





Selasa, 10 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN SEMUA..



Pejam celik pejam celik, dah nak habis setahun. Cepat sungguh masa berlalu alhamdulillah,
ramadhan al-mubarak 1431 hijrah kali nih aku sambut bersama suami & anakku..
Walaupun kami tinggal ramai dlm satu bumbung aku cuma sebut suami ngan anak ja..
Keh3..jgn la marah bukan x nk sebut tapi saja ja..jgn terasa plk errkk..

Kini, Ramadhan akan tiba lagi. Dengan pelbagai tawaran, jaminan dan berita gembira. Ramadhan yang pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan manakala akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka. Ramadhan adalah hari yg sgt istimewa dimana diikat segala syaitan, dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadhan juga membuka ruang bagi orang-orang beriman menggandakan pahala amalan mereka, di mana amalan sunat akan diganjarkan seperti mengerjakan amalan fardhu manakala amalan fardhu digandakan dengan 70 amalan pada bulan-bulan lain. Itulah serba sikit pengetahuan tentang istimewanya bulan ramadhan pada pengetahuan aku..

Bersediakah kita akan kedatangan Ramadhan. Bersediakah merebut ruang dan peluang yang bakal dihidangkan. Sedar atau tak sesungguhnya ALLAH s.w.t telah menyediakan byk peluang dan ruang untuk umat2nya. Hanya tinggal kita utk melaksanakannya..
Sama2lah kita merebut peluang yg ada.. selagi kita masih berpeluang dan diberi peluang...

Aku pun sudah tanamkan satu azam dalam diri aku di mulai dengan bulan ramadhan ini..
Aku harap sangat bantuan dan bimbingan dariNYA.. dan dari suami tersayang. Untuk aku hambaNYA yg mudah lupa
asal usul & sering alpa dari mana aku dtg dan pada siapa aku akan kembali..
Bila aku bermuhasabah diri banyak benda yg pelajari dan aku bertekad utk perbaiki
kelemahan2 yg ada pada aku..

Semoga, kita semua sentiasa mendapat hidayah Allah di dalam memperjuangkan agama dan tuntutan-tuntutannya. Buat diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya. Agar kita segera keluar daripada segala permasalahan dan kerosakan manusia dan kemanusiaan yang semakin mendapat tempat dalam kehidupan hari ini.

Dan sempena bulan ramadhan yg bakal menjelma aku ingin memohon maaf kepada
semua kawan2 sekiranya aku ada mencakar hati korang..
Selamat Mengerjakan Ibadat Puasa semua..











Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...