Halaman

Peminat Setia ku..

Rabu, 30 Mac 2011

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !



Assalamualaikum all..
Murni nak ucapkan terima kasih sangat2 kat abg ben kerana buat segmen yg best untuk blogger baru macam murni..alhamdulillah setelah juinkan diri dgn beberapa segmen yg abg ben buat murni dh dapat ramai kawan..
Rasa sangat seronok kerana dpat bertukar2 pendapat & ilmu.

Terima Kasih Jua Buat Semua Blogger Yg Sudi Melawat Blog Murni..

keep in touch ye..

Selasa, 29 Mac 2011

Hujan..

Agaknya pisang akan berbuah 2 kali ka nih hujan dari semalam tak behenti2 lagi..
Kat facebook dh kecoh takot banjir lagik sampai nak balik koja terpaksa pusing ikot jalan jauh..
Pagi tadi masa nak mai kOja tgk air dah penuh dalam bendang balik kOja entah boleh lalu lagi ke tak..


Ujan turun mencurah-curah tanda2 nak berhenti tak dak pun..tiba2 teringat baju kat penyedai dan kering ka tak.. Cd muqriz ala klu tak kering leceh la....Cd muqriz tak banyak hari2 kena basuh kalau miss sehari udah
tak boleh nak pakai untuk hari esok. Insyallah dalam usaha nak tambahkan Cd muqriz harap2 tercapai..


Ujan2 macam nih rasa malas nak bergerak perot pulak asyik lapO ja walaupun baru sudah makan tambah2
mak buyOng macam murni nih.. Kat lab pulak ada kelas yg lecehnya kali nih punya kelas kena tunggu...
Rehat pun tak sempat perOt pulak tengOk dari luar pn nampak bergelOra keh..lapo gamaknya..
Sabar erkk..syg balik koja nnti kita makan k..


Yess..kelas dah habis..boleh dengar lagu kuat2..

Berdikari..

Selamat pagi semua kawan2..ermm..maaf la 2 3 hari nih murni sangat malas nk tulis blog bukan tak dak cerita yg nak ditulis tapi tuh la bila penyakit malas datang jahanam semua..
Murni banyak blogwallking ja mencari kenalan2 baru best sangat dapat membaca & belajar byk ilmu bila blogwallking. Macam2 jenis kategori blog murni jumpa antaranya blog ibu2..blog abg machO..blOg awek Santik & blOg remaja yg sgt ceria..

Alamdulillah kandungan murni dah masok 6bulan peyOt pn dh makin besaq muqriz plk sukO sgt buat peyOt murni tilam dia...huhu..kena hati2 bila ngah baring2 tgk tv sbbnya muqriz slalu lari laju2 dari jauh terus dia terkam kat peyOt kadang2 tak sempat nk elak tapi bila elak takut dia plk yg jatuh mcm nangka busuk..
Letih jugak melayan anak bujang sorang nih tapi bila sehari tak dpt bermain atau tak dapat peluk2 dia.
Masa nak hantar dia ke rumah mengasuh mesti murni jadi sayu rasa berat nak lepaskan dia..

Muqriz sekarang dah pandai berdikari mungkin muqriz dah dapat rasakan kehadiran adk dia heee..
Murni selalu bgtau muqriz yg tak lama lagi dia bakal dapat adik setiap kali bagitau tentang adik muqriz mesti tersenyum macam kerang bucuk sambil tunjuk peyOt murni.. 
Sekarang muqriz dah tak nak orang suapkan dia makan dia nak makan sendiri. Budak2 kalau dah makan sendiri tau2 la kan habis bersepah nasik kalau kat umah sndiri ok lg tapi kalau kat kedai makan den malu sebab banyak mata yg memandang..

Meh tengok cara2 anak bujang makan..

Buat peh tuh..
Wah..sangat berselera dia makan..
Cepat2 makan kasi habis tak baik membazir nanti nasik teriyak..

‘’Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman’’.


Assalamualaikum..
Selamat pagi semua.. meh juin  ‘’Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman’’
klik pic wallet tuh k..



 Bila tgk wallet nih teringat wallet incik suami udah lusuh. Hari tuh masa p langkawi incik suami sruh murni pilihkn dia wallet tapi masa tuh murni gah majuk heee.. So muka ketat wallet tak jadi beli..Cian incik suami..
Kalau menang nanti murni nak jual wallet nih kat incik suami keh3...kaya la mak cik..



Isnin, 28 Mac 2011

"Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Bulan 4-6 2011"



Assalamualaikum...
Salam persahabatan Murni ucapkan kepada Budak Botak.. Murni turut sertai bloglist Budak bOtak harap2 penyertaan murni belum terlambat dan masih tersenarai dalam 100 bloglist terawal..
Murni telah dilahirkan sebagai seorang Perempuan..

Berminat untuk sertai klik pic dak bOtak kat atas tuh ok..



"Posing With Ur Love One - Giveaway"

 Jemputlah join kalau sudi..klik pic yg rOmantik tuh k.. Sebelum 31 March 2011...

 "Posing With Ur Love One - Giveaway"


Ahad, 27 Mac 2011

contest senyuman paling menawan



Kalau anda2 semua berminat utk join sila rajin2kan jari anda klik pic baby kat atas k..

Taraaa...pic yg aku pilih..harap menang aku nak hadiah bedak tuh..kebertulan bedak aku pn dh nk hbis keh3...




1st CONTEST yaya : CANDID Time..!!

Taraaa....Contest lagik keh3..


Pantang jumpO contest semua aku nak juin..Kalau sapO2 berkenan nak juin gak sila klik 
banner k. Jom kita check syarat2 penyertaan...
  1. sape2 pon leh join..xkire laki ke pompuan..
 Aku pOmpuan kira boleh la kn..

     2.MESTI jadi follower belog PINK yg buwok nie...
Done dh pOllOw..

    3. buat N3 yg bertajuk 1st CONTEST YAYA : CANDID Time..!!
 DonE..

    4.letak header belog yaya kt atas nie...
DoNe.
    5.Tag member 2 org dan mereka mesti tau yg mereka kena tag..

 Semua syarat2 dah settle dan gambar yg aku petaruhkan...ialah gambar Muhammad Muqriz Amjad B Rizal..



Cian kat panda tuh terkejut dia kena tium ngan muqriz.. Panda tuh mesti ckp dlm hati "klu baby girl x pa gak"

Khamis, 24 Mac 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL

Sekarang aku ngah kemaruk jOin contest.. Kalau kOrang pn nak kemaruk macam aku jgk sila klik pic kat bawah..

CONTEST KUCING PALING COMEL


 Nama kucing nih puss-c-cat. Puss-c-cat kepunyaan seorang kawan aku yg aku gelar kak tuchin keh3...
Dia sangat2 sukakan kucing sbb tuh aku bg dia nama tuh.. Kak tuchin ngan puss-c-cat sama2 comey klu
korang tak caya klik Kak Tuchin.


Kerudung Ungu Giveaway 2011





Kerudung Ungu Giveaway 2011 sila klik pic untuk join..

 Tadi masa ngah blogwallking aku terjumpa Giveaway nih kat blOg kak bit.
 So apa tunggu lagi jom kita join ramai2.. Salam persahabatan untuk tuan punya Giveaway..
P/s: pstt..awak tahniah ngah ngandung baby yg keberapa tuh...jaga diri elok2 k..


Rabu, 23 Mac 2011

Precious Humairah In The House




 Berminat untuk join contest nih sila klik pic cOmey diatas..

 Nama Baby: Muhamad Muqriz Amjad Bin Rizal
Tarikh Lahir: 13/08/2009
Umur: 1 tahun 7 Bulan

Murni Tag:

Selasa, 22 Mac 2011

Siapa Dia Yang ke Seratus ?

Aku nak umumkan sesuatu nih...
 MyEm0.Com

 Sebenarnya dah lama aku berhajat nak kasi sesuatu kepada follower aku  yg keseratus.. Tadi aku check follower aku dh mencecah 99 orang dengan itu follower seterusnya selepas nih akan mendapat hadiah dari aku.. Siapakah gerangan orang itu wanita atau jejaka... Sila tinggalkan jejak anda diruangan komen ok.. 

TAHNIAH...

MyEm0.Com

ALAT KELAMIN BAYI..

Ramai ibu terutamanya ibu yang baru menjadi ibu tertanya2 bagaimana cara yg betul manjaga alat kelamin bayi lelaki mereka yg baru lahir. Bimbang tidak ada penjagaan khusus. Jika bayi anda masih belum berkhatan, anda tidak perlu menarik ke belakang kulup( kulit luar alat kelamin) utk membersihkan bahagian hujung alat kelamin.
Sebaiknya anda mula mencuci bahagian dalam hujung alat kelaminnya bila bayi lebih besar sedikit. Ketika ini kulit di hujung alat kelaminnya lebih mudah ditarik ke atas dan tidak menyakitkan bayi serta anda dapat mengelakkan alat kelamin bayi daripada mengalami regangan.
 Sekali sekala, anda mungkin menjumpai ketulan keputihan(smegma) di bawah kulit alat kelaminbayi semasa mencucinya. Ini adalah normal. Anda tidak perlu mencucinya selalu cukup la sekadar mencuci semasa memandikannya. Tetapi berhati2 kerana bahagian ini sgt sensitif. 
Jika si kecil anda sudah bersunat anda perlu berhati-hati menjaga kebersihannya sehingga luka sunat sembuh. 

Berikut beberapa cara mudah untuk menjaga alat kelamin bayi yg bersunat:-
  • Letak sehelai kain kasa vaselin di hujung zakar utk beberapa hari & mengantikannya setiap kali anda menukar lampin. Tujuan untu mengelakkan hujung zakar melekat pd lampin sehingga sembuh..
  • Zakar bayi yg telah bersunat kelihatan kemerahan & lama kelamaan tisu granulnya kelihatan kekuningan..
  • Jika bayi demam atau bekas berkhatan bernanah, anda boleh mnolak semua kulit zakar kebawah untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.. 
Jika bayi anda tidak berkhatan, anda tidak perlu memberi penjagaan khusus. Anda tidak perlu menarik kulit ke belakang untuk membersihkan hujung zakar. Anda tidak perlu memaksa untuk menarik kulit ke atas secara paksa kerana ia hanya menyakitkan bayi anda.
Apabila bayi anda besar sedikit, anda boleh membersihkan dengan cara menarik kulit luar keatas kemudian bersihkan hujung zakar dgn air suam bersabun. Selepas dibersihkan, biarkan kulit menutupi semula hujung zakar.


Rabu, 16 Mac 2011

Menjadi Ibu Bapa Yang Sempurna

 Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Beberapa tips dari 
Robert D. Ramsey yang boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya yang lain!

1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik
  • apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik,secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam.
2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari 
  • terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka.
3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang
  • pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang betul,namun kawallah marah,janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri dan berasa takut.
4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan
  • tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah,malah senyuman,pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan yang terbaik.
5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan
  • sedarlah bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar.
6. Antara masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
  • utamakan keluarga kerana apabila adanya masalah,selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk dijadikan role model bagi anak-anak
7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak
  • ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa.
8. Dengar cerita anak-anak
  • tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli.
9. Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya 
  • ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas banyak perkara.Bergaduh dengan kawan sekelas,tercederakan anak jiran.Pada masa inilah ibu bapa membantu menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana walaupun masalahnya kecil,namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar.
10. Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri
  • setiap masalah ada jalan penyelesainya. Ibu bapa seharusnya bersikap tenang apabila berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak dan tidak bersikap tidak tentu arah.
11. Buat persediaan menyambut hari jadinya
  • tidak semestinya dengan menyambut secaran besar-besaran,sudah memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk belajar menghargai orang lain.
12. Mengajar anak-anak lebih dari sekali
  • ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali barulah mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi,jangan marah terhadap mereka apabila bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut.
13. Luangkan masa bersama anak-anak
  • ini bukan sahaja terhad di dalam rumah,malah turut meluangkan masa di luar.Sama ada bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak terbatas semasa di luar rumah sahaja,malah apabila anak-anak bangun tidur,ke meja makan, malah ke dapur untuk membancuh susu mereka.

14. Dengar mimpi ngeri anak-anak
  • mimpi ngeri akan menjadi begitu realistik dalam dunia mereka walaupun itu hanyalah sekadar mimpi. Tidak ada salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana ianya diceritakan secara langsung,tiada skrip,tiada pengarah dan tiada siaran ulang tayang.
15. Hargai permainan kesayangan anak-anak 
  • apabila permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa yang sama juga anak-anak akan menghargai barang-barang kesayangan ibu bapa. Walaupun sudah rosak,elakkan daripada membuang permainan kesayangan anak-anak. Mintalah kebenaran daripada mereka terlebih dahulu.
16. Berikan ciuman selamat malam 
  • jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan anak-anak dengan salam sebelum masuk tidur. Selimutkan,dan cium dahinya apabila mereka sudah lena.
17. Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna
  • bagi mengelakkan stress,jangan terlalu berfikir untuk menjadi ibu bapa yang sempurna dari semua aspek. Apabila terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’. Itu teguran sebenarnya. Jadi,tidak salah untuk berubah demi kepentingan anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak berasa rendah diri kerana merasakan ibu bapa terlalu sempurna.
18. Janagan membawa bebanan kerja ke rumah
  • apabila ini berlaku,anak-anak akan menganggap bahawa kerja lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga ketika berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu untuk menyiapkan kerja sekolah anak-anak ataupun memberi latihan di rumah.
19. Anak-anak menangis
  • menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan keresahan mereka dan kadangkala untuk mendapatkan perhatian. Walauapapun sebabnya,dengarilah tangisan mereka supaya mereka tidak menjauhkan diri dari ibu bapa di kemudian hari. 20. Anak-anak juga mempunyai perasaan – seperti ibu bapa,anak-anak juga mempunyai perasaan.Hargailah perasaan anak-anak supaya anak-anak juga menghargai perasaan ibu bapa.
- Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan dan sebagai penenang hati di dunia & di akhirat kelak -

CONTEST Aksi Si Kecil Syok Tidur anjuran GuGu GaGa


 
 Assalamualaikum semua..
Tadik masa ngah blogwalking kat blog kawan2 aku terjumpa contest nih. Tetiba teringat sekeping gambar anak bujang aku masa umur dia 6bulan.. Dan aku dengan super rajinnya terus nak join contest nih..
Kalau korang nak join jugak pn blh syarat2 penyertaan sangatlah senang.. Macam biasa kalau korang nak join contest nih sila klik link kat bawah pic baby yg kiut itu k..

Untuk CONTEST Aksi Si Kecil Syok Tidur anjuran GuGu GaGa aku pertaruhkan pic ini..

Muhammad Muqriz Amjad Bin Rizal
1 tahun 7 bulan
13/08/2009

Scott's Emulsion Untuk Muqriz..

Aku dah lupO bila aku beli scott's emulsiOn utk muqriz tapi dalam bulan nih jugak hee..entry nih dh basi..
Baru hari nih aku nak cerita.. Memandangkan muqriz semakin hari semakin membesar aku & incik suami belikan ScOtt's EmulsiOn perisa oren utk muqriz aku harap scOtt's dapat membantu muqriz membesar dgn sihat..

Aku sertakan sekali kat bawah sedikit maklumat tentang scOtt's emulsiOn untuk korang baca mana tau korang pn berminat nk kasi anak2 korang makan scOtt's nih.. Aku harap dapat membantu korang..

OREN SCOTT'S EMULSION mengandungi minyak ikan kod, satu sumber yg kaya dengan vitamin A, D serta Kalsium Hipofosfit. Tambahan jus oren asli & ramuan2 lain telah menghasilkan barangan halus dan licin dengan warna dan perasa yang tersendiri. OREN SCOTT'S EMULSION adalah sesuai untuk kanak2 yang berumur 1 tahun ke atas dan juga orang dewasa..

Kebaikan OREN SCOTT'S EMULSION membantu membina daya tahan diri dari jangkitan. Minyak ikan kod dan vitamin A membantu sel-sel epithelial di ruang pernafasan supaya sentiasa sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma di dalam badan. Vitamin A penting untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan kesihatan Dan kecergasan kanak2 (dan juga org dewasa). Vitamin D perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga mengandungi khasiat yg penting utk pencegahan penyakit tulang lemah. OREN SCOTT'S EMULSION sangat mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian seperti Vitamin A, D, kalsium dan fosforus.

OREN SCOTT'S EMULSION

Sebagai ibu bapa sudah semestinya kita nak berikan yang terbaik untuk anak2 kita..
Oleh itu, aku harap sangat kalau korang ada apa2 ilmu pengetahuan tentang makanan @ cara mendidiik anak dengan betoi aku harap sudilah korang share ngan aku k.. 
Terima kaseh semua luv u all..

Isnin, 14 Mac 2011

Jumaat & Sabtu

Seperti biasa bila tiba jumaat ngan sabtu kalau tak dak apa2 plan aku akan balik umah mak aku tapi sabtu minggu nih banyak kenduri yg wajib dihadiri 3 umah ja pn.. 
 Pagi nih x best owh..kena bgn awal masak bihun gOreng untuk incik suami & anak2 buah kampung. Mereka mengadakan gotong royong kat rumah pak cik tua yg tinggal sendirian.
Hari jumaat aku lepak kat umah MIL ja best hari nih tak payah masak sbbnya ada jiran buat kenduri arwah. So hari jumaat adalah hari rehat2 yang tak la rehat sgt rehat msk ja penat tetap jugak melayan Muqriz. Haish..budak2 pelikan mana la lepa dpt kuasa & tenaga yg byk bila boleh main smpai tak mau stop.
Kalau tak bg tidoq sampai ke mlm la asyik main penat melayan muqriz tapi seronok sgt dpat habiskan byk masa dgn muqriz. Kalau hari ahad hingga khamis masa sgt terhad blik kerja aku sibuk buat kerja2 umah.

Sekarang klu nk ambik gambaq muqriz dh x payah susah2 sruh senyum nampak ja kamera terus muqriz posing.
  
Hari sabtu kami menghadiri kenduri kawen yg pertama kat aloq staq kampung kubang siam..
Menu kat umah kenduri pertama best la jugak siap ada charkOteaw lagik..aku makan agak byk kat sni..
Sudah ja makan kami bertolak ke jeniang umah abg ipO aku adik pompuan dia kawen. Sadis tak dapat tengok pengantin  : (  Perot kenyang lagik aku mkn laksa ja..

Tengok2 dia dh tahu nk pandang kamera..

 Selesai ja makan kami bertolak balik muqriz melalak sebab berpisah ngan tok wan dia.. ada lg satu kenduri
umah kawan incik suami kat jitra..tapi baru setengah jln incik suami ckp tak mau p kenduri umah kawan dia.
Heee..nih mesti incik suami takot lambat sampai umah sebab pkoi 9mlm kami nk p tengok bola kat Stadium Utama Perlis.. Perlis Vs Felda United. Sampai umah dlm pukoi 7mlm bersiap laju dan terus pecut ke stadium..

muka baru bagun tido..
Dari pagi sampai ptg muqriz tak tido, masa on the way ke stadium muqriz terlelap tuh pn tak lama bila smpai ja kat stadium terus dia bangun..

Sibuk suruh ayah ambik gambaq ..
 Ngah sakan berposing orang kat atas bersOrak gol muqriz punya terkejut sampai terlOmpat keh3..
Orang dah habis bersOrak baru dia nk sOrak gOl..ayah bersemangat belikan baju oren untuk muqriz heee..

Muqriz tengok org kat atas bersorak pastuh dia pun tiru jugak..
Pic nih sangat lawak korang tgk gelagat muqriz bersorak tuh macam menari pun ada..
Sudah ja tengok bola dengan kemenangan berpihak kepada Felda United 2-0 yeahhh... Balik singgah kedai mkn jap incik suami ckp dia nk minum tekak kering bersorak..

Ahad, 13 Mac 2011

Mika Simple Giveaway

 
Saya suka singgah blog mamamika kerana 
ingin melihat perkembangan mika yg lebih kurang sebaya ngan anak saya.. 
senyum & telatah mika sgt menghiburkan seperti melihat anak sendiri..
 

Rabu, 9 Mac 2011

Musim Luruh..

Selamat Petang rabu semua aku harap semua kawan blogger dilindungi ALLAH selalu & semoga esok masih ada sinar kebahagian untuk kita.. Entry aku kali nih sedikit kalut sebabnya aku mula tulis pukoi 4 pada hal pukoi 5ptg aku dh kena punch kad tak tau la dan ka dak nk cerita satu benda kat korang nih..

Untuk pengetahuan semua kwn2 aku adalah seorang anak peneroka felda.. Kediaman aku kat kedah FELDA BUKIT TANGGA..sapa pernah dgar nma felda nih angkat kening keh3.. Alhamdulillah aku bertemu jodoh jugak dengan seorang anak peneroka felda. Incik suami orang FELDA GUAR NAPAI dekat ngan jitra. Sekarang kat felda ngah musim luruh bila balik keja lalu kat kebun getah sgt best feel mcm kat luaq negara plak haaaa.. Dengan angin yg sgt sejuk membuai daun2 jatuh berguguran perghh..cantik sgt..

Pokok getah biasanya mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk proses luruh daun, berpucuk muda, mengeluarkan bunga dan memutik serta membesarkan buah. Ketika tempuhi proses luruh ini susu getah menjadi amat kurang dan penoreh terpaksa menjarangkan kekerapan menoreh ataupun cuti panjang untuk memberi peluang pokok getah pulih. Inilah tempuh yang terpaksa dilalui oleh penoreh getah dalam satu tahun. Bila ditolak masa cuti musim hujan dan hujan biasa, dalam satu bulan biasanya secara purata penoreh hanya dapat menoreh 11 hingga 14 hari sebulan.

Kebertulan petang suatu hari tuh incik suami ajak binik ngan anaknya p melawat kebun kami hipp..hipp.. hureee.. seronok mcm nk p shopping lagaknya keh3...

Ngah tunggu ayah bersiap kami bergambar dulu..
Eh..eh..mana aci pic ibu nmpak sekerat. Ibu pn nk glamour jugak... 
Meh ambik sekali lagik..

 Tengok2 asyik ibu ja sepi2 uhuk..Last pic klu x masok jugak ibu majuk : (

Yesszaa..kan cantik ibu...






Melawat kebun incik suami cantik ?


Cepattt..ckp cantik sambil angguk2 kepala..


Selasa, 8 Mac 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

 


Assalamualaikum semua kawan blogger diharap semua berada dalam keadaan sihat & ceria.. Tadi masa ngah sembang ngan kawan2 kat FB aka Geng Hot Mama Blogger ramai jugak yang publish entry tentang contest 
JELAJAH BLOG KATEGORI IBU nih.. Aku pun tak mau lepaskan peluang turut serta menyertai contest nih.. Jom skroll ke bawah..

Perihal Aku..
Seorang isteri kepada incik Rizal Harun kami bergelar suami isteri dah 2 tahun 4 bulan & kini mempunyai seorang putera bernama Muhamad Muqriz Amjad kini berumur 1 tahun 6 bulan. Alhamdulillah rezeki dariNYA insyallah aku akan melahirkan seorang lagi bukti cinta kami pada bulan 7 thn nih.. 
Seorang wanita yang bekerjaya keh3..macam keja baguih sgt plk bunyiknya padahal keja Pembantu Makmal Komputer ja..

Kenangan manis aku sewaktu bergelar seorang ibu 

Sewaktu aku disahkan mengandung untuk anak pertama melihat gelagat incik suami yang sangat gembira & teruja bakal bergelar seorang ayah adalah kenangan manis buat aku ketika bergelar seorang ibu..

Kenangan pahit 
3 minggu muqriz demam dan bila check kat hospital doktor bagitau paru2 muqriz dijangkiti kuman. Muqriz ditahan kat hospital untuk rawatan lanjut. Tiada benda, hal atau pun kenangan yang paling sedih & pahit bila melihat anak yang sangat disayangi meraung kesakitan. Untuk ujian yang satu nih aku sangat2 lemah ia menjadi kenangan pahit dalam kamus hidup aku sebagai seorang ibu..

Kata kata khas buat si suami
Aku isterimu ingin menjadi wanita yg paling kau sayangi tapi aku sedar aku yg kedua 
Aku isterimu ingin menjadi yang terbaik untuk kehidupanmu tapi aku tak mampu untuk lakukan semua itu
Aku isterimu ingin kau tahu yang isterimu sangat2 bahagia hidup ditakdirkan bersamamu..
Aku isterimu hanya mahu dimengerti

Nasihat untuk anak sendiri & anak2 yang berada di luar sana ..
Jadilah seorang anak yang baik..jaga adab sewaktu bercakap dengan kedua ibu bapa & yang paling penting
sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapa kerana hanya doa anak yg soleh & solehah dapat menyelamatkan ibu bapa yang sudah tiada..

Harapan kepada anak 
Ibu harap adik akan membesar dengan sihat & menjadi orang yang berguna di masa depan. 
Ibu & ayah sedaya upaya menyediakan apa saja keperluan untuk adik berjaya nanti insyallah.. Sesungguhnya harapan ibu hanya satu ingin melihat adik gembira & bahagia didunia jua di akhirat kelak..aminn..

Nasihat buat si gadis di luar sana
Jadilah wanita sebaik2 perhiasan untuk dipersembahkan kepada suami tersayang..
Jadilah sekeras batu karang walaupun pada zahirnya sangat rapuh
Jagalah maruah keluarga..

Formula mendidik Anak

Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik

2. Kaedah Bercerita.
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab.
Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu.
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.
5. Kaedah nasihat dan teguran.
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6. Kaedah bermain dan bergurau.
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
7. Kaedah latihan yang berterusan.
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. 

Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Sumber dari susudalambotol

Isnin, 7 Mac 2011

Manis kan..

 

Tadi masa dalam perjalanan datang keja aku membelek2 hp incik suami.. Tengok pic dalam hp incik suami & terjumpa pic diatas sweet sangat tengok muqriz seyum heee...
Mana aci adik seyum manis lagik dari ibu..ajar la ibu seyum macam tuh gak..Ades kalau ngandung idung tuh mesti macam buah jambu air kembang ja huhuu.. 

Gigi muqriz udah berhenti tumbuh sekarang ada 6 batang gigi bawah 3 atas pun 3.. entah bila plak nk sambung tumbuh lagik kasi penuh cepat sikit gigi tuh..

Ahad, 6 Mac 2011

Nyanyok kah aku...

Cuti ujung minggu baru2 nih macam biasa kalau tak ada apa2 hal aku selalu balik umah mak aku kat Felda Bukit Tangga. Lagi pun hari sabtu bersamaan 5/3/2011 aku akan menghadiri majlis perkahwinan kawan satu tmpat keja. Incik suami sangat sibuk menguruskan anak2 buahnya berlatih nasyid untuk bertanding di felda telOi pada 5/3/2011. So incik suami akan pulang jgk hantar aku ngan muqriz balik lepas tuh dia akan balik semula ke rumahnya.. Apa aku buli suami mana ada umah MIL ngan umah aku dOkek ja..klu aku yg bawak keta 30minit ja dh sampai..

Sampai ja kat umah kakak no 2 pn ada jugak hee...best2 blh manja2 dgn kakak heee..
Jadi hari jumaat manja pertama aku nak makan laksa heee..nih yg aku suko nih klu ngandung ko ckp ja nk
makan apa mesti dpt punya..Incik suami slalu marah klu aku suruh kakak masak..
Incik suami ckp kalau kakak ja yg masak bila aku nk pandai buat heee...tapi aku nak kakak yg buatkn
bukan selau boleh jumpa.. Sib baik kakak layan ja pagai adk bertuah dia nih.. Dan akhirnya dapat jugak aku makan laksa hari jumaat tuh..

Sebelah petang pulak mak ajak ke changlon mak nak beli kasut baru kami apa lg zasssSS..bersiap laju2..
Sampai ja kat changlon kami ke kedai kasut perghh..bgs betoi mak pilih kasut cepat klu aku mau pusing
2 3 kali baru jumpa kasut yg aku berkenan.. Sudah ja beli kasut kami kerr..klinik ambik ubat utk baby kakak 
aku demam.. Sudah ja ambik ubat kami bergerak kerr..kedai mkn yeehaa..aku suka time nih..
Makan pree plak tuh ayah mau blanja hee..

Sampai ja kat kedai makan aku orang yg paling kalut nk turun mengalahkan anak2 buah aku keh3..
tapi tiba2 aku perasan kasut aku utk kaki sebelah kanan x dak huhuu..puas selongkar dlm keta x dak gak..
Bawah tempat duduk pn x dak.. Huh..haru mna kasut aku nih x kn masa kuar dri klinik aku pakai sbelah ja kot kasut..mna blh mcm tuh mustahil.. Aku minta kunci keta kat ayah utk p balik kat klinik tadi..

Sampai ja depan klinik aku nampak kasut cOmey aku ada depan klinik perghh..mcmna blh aku tigai kasut kat situ aku tak perasan lngsung.. Turun dri keta ngan muka yg tebai cover malu sbbnya sbelah lagi kaki x berkasut terjengkek2.. Pastuh sarung ja kasut ada satu suara cakap " tertinggal kasut yerr... kak"
Aku masok keta cpt2 terus blah haaa...malu sgt.. Sampai kat kedai mkn ayah mak kakak ngan anak2 buah dok terseyum2.. ayah kata ayah pn tak nyanyuk lg macam tuh heee...

Rabu, 2 Mac 2011

Menjawab Tag Dari MamaMalikha..

Selamat hari rabu semua.. Aku harap hari nih korang semua sihat2 hendaknya..
Sebenarnya semalam aku dah karang tag nih tapi baru sampai 7 hal aku tulis muqriz teriyak plk terpaksa la 
aku cancel nak karang sampai 25 perihal tentang aku..
Susah jugak nak karang 25 perihal tentang diri sendiri tiba2 ja rasa macam tak kenal diri sendiri keh3...
  1. Nama Murni kalsom Ibrahim umur 27thn..
  2. Anak ke3 dlm 5 adik beradik mempunyai 2 orang kakak & dua orang adik lelaki...
  3. Sudah berumahtangga bersama Rizal Harun & mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Muqriz Amjad 
  4. Rasa yg takot untuk lahirkan anak ke2 lg byk dari anak ptama..mungkin masa ank ptama x dak pgalaman lg sakit pn x tau mcmna. 
  5. Now ngandung anak ke2 dah 5 bulan insyallah awal bulan 7 akan melahirkan baby baru..
  6. Mula berkenalan dengan incik suami pada bulan 5/2008 bertunang 27/06/2008 & bernikah pada 8/11/2008.. Wahh..cepatkn haaa..perkenalan yg singkat alhamdulillah still together smpai skrg..
  7. Aku bekerja sebagai Pembantu makmal komputer kat UUM..
  8. Hobi aku suka membaca tapi klu bab baca paper tiap2 pg incik suami akan tanya dh baca blm.. paper aku malas baca tgk berita kn senang ada org bacakn haaa...
  9. Aku tak pandai sangat memasak bila dh bergelar seorang isteri baru kalut nk belajar heee... klu korang ada resepi yg best bgtau la. Skrg aku sgt rajin memasak kOnOnnya..
  10. Aku layan semua jenis muzik yg aku rasa sedap telinga aku mendengarnya..hindustan pn aku layan..
  11. Aku sensitif orangnya mudah mengalirkan air mata cepat marah & cepat sejuk..
  12. Memandu kereta ala2 pemandu F1 dapat menghilangkan stress..masa blm kawen pernah suarakn hasrat nk tukar power steering kereta ksygn aku keta kancil je..tapi ayah tak bagi ayah kata klu aku guna power steering mesti keta tuh terbalik haaa..aku kasaq bawak keta..
  13. Tak pandai nak bersembang ngan orang yg baru kenal terutamanya lelaki sepatah di tanya sepatah la aku jawab..tapi bila dh kenal lama baru org tahu mulot aku nih sgt kecOh..
  14. Suka menyanyi dalam bilik mandi & kat dapur..
  15. Pantang kalau orang mandi tak lap badan bg kering baru keluar dari bilik mandi habis basah rumah..
  16. Sukakan pelakon Fahrin Ahmad & penyanyi Ziana Zain..
  17. Basoh pinggan basoh baju separa rajin tapi klu bab lipat baju sgt2 malas. Bak kata kwn aku klu ada mesin lipat baju tobat aku beli keh3..
  18. Pssssttt...malu nak kasi tau aku x reti pakai kain batik sila la gelak muahaaa.... semua baju tido seluar..
  19. Tak suko pakai jam & barang kemas takot kena potong tangan...eleh mcm la brg aku besaq sgt..
  20.  Aku nampak macam sombong tapi sebenarnya aku tak sombong tau sgt baik kah3..
  21. Sangat sayangkan sebuah persahabatan seperti mana seorang sahabat sayangkan aku insyallah aku jua menyayangi sahabat aku..
  22. Gembira dengan hidup aku sekarang.. alhmdulillah aku punya keluarga yg lengkap & sayangkan aku..
  23. Hidup bukan untuk bermengah2 siapa yg bgs & siapa berkuasa hidup hanya sementara so jadikan hidupmu penuh berwarna kerana mungkin esok bukan lg milik kita..
  24. Masih banyak kekurangan dalam diri aku & aku cuba mbuat perubahan utk kehidupan aku di masa depan & semoga aku diterimaNYA..
  25. Semoga hidup aku & keluarga ku diberkati olehNYA aminn..  


Bertunang   


Majlis nikah  


Kenduri umah incik suami


Kenduri umah aku


Muhammad Muqriz Amjad


Sekian sudah 25 perihal tentang diri aku..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...