Halaman

Peminat Setia ku..

Selasa, 22 Mac 2011

ALAT KELAMIN BAYI..

Ramai ibu terutamanya ibu yang baru menjadi ibu tertanya2 bagaimana cara yg betul manjaga alat kelamin bayi lelaki mereka yg baru lahir. Bimbang tidak ada penjagaan khusus. Jika bayi anda masih belum berkhatan, anda tidak perlu menarik ke belakang kulup( kulit luar alat kelamin) utk membersihkan bahagian hujung alat kelamin.
Sebaiknya anda mula mencuci bahagian dalam hujung alat kelaminnya bila bayi lebih besar sedikit. Ketika ini kulit di hujung alat kelaminnya lebih mudah ditarik ke atas dan tidak menyakitkan bayi serta anda dapat mengelakkan alat kelamin bayi daripada mengalami regangan.
 Sekali sekala, anda mungkin menjumpai ketulan keputihan(smegma) di bawah kulit alat kelaminbayi semasa mencucinya. Ini adalah normal. Anda tidak perlu mencucinya selalu cukup la sekadar mencuci semasa memandikannya. Tetapi berhati2 kerana bahagian ini sgt sensitif. 
Jika si kecil anda sudah bersunat anda perlu berhati-hati menjaga kebersihannya sehingga luka sunat sembuh. 

Berikut beberapa cara mudah untuk menjaga alat kelamin bayi yg bersunat:-
  • Letak sehelai kain kasa vaselin di hujung zakar utk beberapa hari & mengantikannya setiap kali anda menukar lampin. Tujuan untu mengelakkan hujung zakar melekat pd lampin sehingga sembuh..
  • Zakar bayi yg telah bersunat kelihatan kemerahan & lama kelamaan tisu granulnya kelihatan kekuningan..
  • Jika bayi demam atau bekas berkhatan bernanah, anda boleh mnolak semua kulit zakar kebawah untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.. 
Jika bayi anda tidak berkhatan, anda tidak perlu memberi penjagaan khusus. Anda tidak perlu menarik kulit ke belakang untuk membersihkan hujung zakar. Anda tidak perlu memaksa untuk menarik kulit ke atas secara paksa kerana ia hanya menyakitkan bayi anda.
Apabila bayi anda besar sedikit, anda boleh membersihkan dengan cara menarik kulit luar keatas kemudian bersihkan hujung zakar dgn air suam bersabun. Selepas dibersihkan, biarkan kulit menutupi semula hujung zakar.


Tiada ulasan:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...