Halaman

Peminat Setia ku..

Rabu, 24 November 2010

Bukak Buku Baru...

Assalammualaikum semua kawan2...

Terima kasih pada semua kerana masih sudi melawat blog murni..
Kalau dtg cini tinggalkan la jejak anda k..
Sudi2kanlah diri anda bagi kOmen utk entry hari nih tima kaseh semua..

Semalam muni balik kerja awal sikit sebab ada temu janji ngan nurse..
Heee..muni mau bukak buku baru..buku apa? ala buku merah tuh la..
Apa tak tau jgk buku apa?
Meh muni kasi tau sila tgk pic di bawah k..


Nih la buku merah tuh buku utk ibu mengandung..sekarang kandungan muni
udah 2bln dan dijangka muni akan melahirkan baby ke2 pada bulan 7 tahun depan..
Tahun depan berkemungkinan kita akan berpuasa pada 1 Ogos 2011.
Harap2 muni dapat berpuasa seperti biasa dah serik mganti puasa sebulan masa
pantang melahirkn muqriz dlu..
Bukan apa x best org lain x puasa kita ja puasa x semangat keh3..
Kalau sama2 berpuasa baru la semangat tuh berkobar2 sikit..

Muni kalau p klinik benda wajib yg muni mesti buat ialah menimbang berat badan..
Tapi memang klu p check perot berat badan mmang akan diambil..
Bila naik ja atas penimbang tuh terkejut sgt..sbb berat badan muni turun..
Dari 54.8kg tinggal 47.5kg lebih kurang 7kg hilang..
Muni harap lepas nih berat muni akan bertambah mengikut kesesuaian ibu mengandung..
Kalau tak naik jugak alamat kena pOk pet ngan nurse la..


Belum pun masok 4 5 6 bulan kaki dh nampak mcm mOntOk kan..

Selain dari berat badan yg aku risau time ngandung adalah Hb darah..
Semalam masa check 13.9 macam sipi2 ja tuh..
Darah aku x berapa pekat cair ja nk ambik mcm susah sikit & msa cucuk utk ambik darah
aku x berapa suka jgk keh3..sbb aku terkejut masa kena cucuk tuh..
Bukan sakit tapi terkejut ja..nurse slalu marah muni.
Nurse selalu ingatkan muni time cucuk tuh jgn keras tgn...tapi muni tetap akan
rasa macam nk tarik tgn masa nurse nk cucuk. Tak tahu kenapa..

Buku merah udah, berat badan udah, check darah udah, last sekali muni dapat
2 3 bungkus koleksi ubat yg mesti muni makan..
Uhuk ubat apa boleh buat utk baby kena la makan..
Ngan ubat muni tak berapa gemar tapi bab nih kena makan jugak..

TengOk ubat terus dOwn heee...

Siap ja buat semua kami pun balik rumah. Balik umah ngan mukO yg x berapa nk
elok mengenangkan ubat2 yg muni kena makan teruk tau muni nih klu ngan ubat..
Sib baik muqriz x ngikut peel ibu dia klu x jenuh nk pujuk..
Sampai ja kat umah dengan hujan yg agak lebat tapi tetap dengar sedikit riuh kat
umah muni.
Rasa pelik sikit sbb umah kami jarang riuh masok ja dlm umah rupa2nya kakak ipO
yg dok a.star mai umah ngan anak2 dia sbb tuh umah riuh.
Mana taknya anak2 tau dah memang riuh klu berjumpa..
Tapi ibu2 lagi tak kalah ngan gelak hilainya haaaa....bila gelak bgabung 2 mcm nk
pecah umah keh3.. ampOn kak ipO bukan mgata nih nak bercerita ja..heee..

Yang bestnya kak ipO muni bikin roti bOOm kot ka roti arab entah la muni pn x pasti..
Sudah ja mandi terus makan roti siap ngan kuah lg..memang best la..kuah gulai daging..
Kak ipo cakap roti utk mak buyOng geh3..


Nih la rupa roti tuh..thank kak teh nanti buat lg k..
Rasa roti nih sedap sgt kalau bukak kedai mesti laku punya..
Bukan nak kipas memang betoi sedap..kalau x caya..tengok pic kat bawah..


Muqriz pun suka sampai 2 biji dia makan..

Selasa, 23 November 2010

Ades Kena Tembak Plak...

Dah lama murni tak kena tag. hari nih kena tag oleh Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL
Meh kita jawab sama2...

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Kalau benda cincin perkahwen saya..

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Tadi sebelum balik kerja saya ada beli kertas minyak Rm0.50..

3. Dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Saya udah kawen, so soalan nih x yah la saya jawab k..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Yerr..ades malunya...

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Sampai ku menutup mata ecece...rOmantiskn kah3..

6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Kat rumah hari2 boleh jumpa..

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Buku tentang penjagaan Ibu hamil..

8. Apakah nama penuh korang?
Murni KalsOm Binti IbrahiM..

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Ngan mak..

10. Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Tak pernah plak terfikir nak jumpa sapa2....

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mesin basuh yg basuh saya tekan2 ja...

12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Tempat yg pantainya sgt indah kat mna erkk..

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
Cium keh3...yuyun pejam mata k..

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
  • Seorang remaja yg baru saya kenali melalui Iman Aisya
  • Seorang yang sangat sukakan Camera betul tak yUyUn heee..
  • Seorang remaja yg masih belajar...

15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?

i) keta kancilku aka si cOmel
ii) Handphone pemberian incik kekasih tiba2 ja jadi kekasih...
iii) Kamera canOn
iv) Koleksi tudung2 saya..
v) Last sekali apa erkk..my handbeg haaa..poyo slalu beli beg x dak jenama pn..

16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Apa ja janji sedap di dengar...byk wehh..lagu aku suka..

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
20 jun sambut kat umah ja..

18. Lima rakan Blogger yang korang nak tag.
dah lama tak buat kerja tag-mengetag ni kan.
mari tembak:
i) Kak tuchin
ii) Kak bItT
iii) Dak CubY
iv) Onniey
v) Eida

Sekian..

Di awal Pagi..




Pagi nih entah kenapa mulOt aku terasa pahit. Sangat tak selesa keadaan macam nih.
Sebab rasa pahit tuh buatkan aku nak termuntah.
Di awal pagi nih aku sarapan makan jeruk betik puas hati dapat makan.





Mana aku dapat jeruk pagi2 nih kan. sebenarnya aku beli semalam masa kuar ke jitra
beli brg2 keperluan untuk muqriz. Sudah ja bayar barang2 yang di beli kami lalu depan
satu kedai tuh & wajah aku mengukir senyum bila nampak macam2 jenis jeruk...
Kaki macam kena paku kat depan kedai tuh..Incik suami ckp ngan muqriz "adk tgk
ibu dh x blh nk bgerak dh bila nmpak jeruK" keh3...


Isnin, 22 November 2010

Bak Kata Perpatah Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya..

Peribahasa Rebung ini membawa maksud yg sangat mendalam. Bak kata perpatah
melentur buluh biar dari rebungnya yang membawa maksud untuk
membesarkan anak2 perlu diasuh dan dididik sejak dari kecil. Sebaiknya dari dalam kandungan lagi..




Oleh itu aku dengan sedaya upaya menerapkan beberapa amalan yang baik untuk
muqriz amalkan. Salah satu darinya aku ajar muqriz menabung.
Mula2 ajar muqriz agak susah nak ikut sebab dia x fokus untuk masukan duit kedalam lubang
tabung tuh..
Bila banyak kali muqriz cuba duit tetap jatuh kebawah tak masuk dalam tabung..
Lama2 muqriz macam nak marah ja
Tiba-tiba pang!!! berdentum
bunyi tabung jatuh muqriz tOlak..

Aku angkat tabung tuh dan letakan semula kat depan muqriz dan aku mula berdialog
ngan dia. " Adk pegang duit mcm nih bg masuk dlm lubang nih pastuh lepas"
"Kringg" bunyi duit jatuh dan muqriz tersenyum.
Dia cepat2 ambik duit yang lawaknya dia x dpt nk kutip duit kat atas lantai..
So aku kutip smua duit letak kat atas karpet dan muqriz senyum lg sebab dia
dapat kutip duit tuh kadang jatuh jugak tapi x la selalu sangat mcm kat lantai..




Muqriz cuba masukan lagi tapi x masuk jugak dalam tabung sebab dia suka pegang
duit melintang..aku pegang tangan dia sambil cakap " pegang duit mengiring mcm nih adk"
Jatoh ja duit dalam tabung muqriz tepuk tangan keh3 sukO dia..

Kali ketiga alhamdulillah dia boleh masukan duit tanpa bantuan sesiapa..
Setiap kali duit masok dalam tabung setiap kali muqriz akan mendapat pujian..
Cuma bila duit tak muqriz cepat nak marah kadang dia tolak tabung kadang dia baling
duit..ades sabar ja la..

Semoga muqriz terus menabung utk masa depan dia..
Nanti dah penuh kita p bOh dalam bank..



Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha



Assalammualaikum semua kawan2 blogger di harap semua berada dalam keadaan
sihat & senyum sOkmo.. Jangan korang buat mukO macam lembu kat atas tuh..
Heee..kita kan nk sambut aidiladha jangan la sedih2 k...
Kalau lembu camgitu yg nak di buat korban korang nk mkn tak tuh..tgk2 higus pn kuar..

Macamna tahun nih ada yang berkesempatan buat KORBAN tak..?
Kalau ada yang buat alhamdulillah kalau yang tak insyallah tahun hadapan jika ada
rezeki lebih dan umur yang panjang..
Alhamdulillah tahun nih aku dan keluarga sepakat utk berkorban dan membuat kenduri
untuk muqriz. Makan2 untuk ahli2 keluarga..

Tadi aku ada mesej incik suami aku ckp "abg boleh kerr..abg tolong org sembelih lembu ayg kan ngandung"
Incik suami agak keliru dan akhirnya incik suami mbalas msj" balik nanti kita tanya mak"
Itu la tempat rujukan kami..korang rasa mcmna boleh ke tak boleh...



Di kesempatan nih aku sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha..
Kepada semua kawan2 blogger dan sesiapan jua yg mengenali & membaca blog serba
kekurangan nih...
Semoga ALLAH s.w.t memberikan kesempatan untuk kita melakukan PERGORBANAN..
Tak kira dari segi tenaga, wang, masa & kasih sayang..
Semoga dengan setiap pengorbanan tuh kita akan mendapat hikmah disebalik kejadian..
Ececee...macam ustazah plk aku nih..
Bagi yang pulang ke kampung pandulah dengan berhati2 "ingat org tersayang" bye...


Isnin, 15 November 2010

Rezeki DariNYA....

Rezeki dariNYA..mesti korang ngah fikir rezeki apakah itu kan..
Sebenarnya Muhammad Muqriz Amjad tak lama lagi akan menjadi ABANG....
Murni dah mengandung 2 bulan sangat terkejut tau.. langsung tak dak tanda2
macam mengandung pun cuma 2 3 hari kebelakangan nih rasa sgt2 tak berselera nk
makan walaupun perut ngah lapo..

Aku ingat aku letih sebab tak cukop tido jaga muqriz.
3 hari muqriz demam buat aku tak tentu arah..
Muqriz bernafas sangat laju bila tido plk ada bunyi macam dia susah nk bernafas..
Incik suami plk bagi cadangan raya haji nih nak buat kenduri utk muqriz.
Aku berbelah bagi sama ada nk refer muqriz kat klink @ hospital.
Kalau p hospital mesti muqriz kena tahan kat wad bila kena tahan
mesti 2 3 4 5 hari jugak.
Raya haji dah tak lama nanti kenduri tanpa muqriz pulak..
Dan keputusan yang dicapai aku p klinik dulu tanya pendapat doktor..
Kalau doktor cakap kena p hospital aku akan ikot cakap doktor..
Nasib baik doktor cakap muqriz ok tak ada apa2 masalah cuma demam biasa ja..
Tak cukop ke doktor aku bawak muqriz jumpa Pak Majid..
Dulu masa ngah mengandungkan muqriz aku ambik minyak selusuh kat dia..
Masa pak Majid ngah berubat muqriz pak majid ada cakap..
"budak nih pembawakkan dari mak dia"
Masa tuh aku langsung tak dapat tngkap kiasan Pak Majid...
Alhamdulillah balik dari umah Pak Majid muqriz nmpak bertenaga sikit..
Dah mula nak bermain & bercakap..klu tidak nk angkat tangan pn dia x larat.

Keesokan harinya bila p check kat klinik doktor cakap "tahniah isteri anda dh mengandung 2bln"
Huh mcm x percaya bukan tak terima kehadiran baby. Tapi rasa mcm tak percaya ja
mau x nya dulu msa ngandungkan muqriz aku alah teruk gila kali nih tak dak plk muntah2..
Sampai aku tak sedar aku mengandung..

Orang cakap setiap anak tak kan sama cara pembawakannya sekarang baru aku faham..
Cuma kali nih aku rasa cepat sangat penat sidai baju pun aku penat..
Tapi aku harap aku akan kuat semangat sebab aku punya tanggungjawab
pada anak suami & keluarga mengandung bukan alasan utk tidak melakukan apa2 kerja..

Bila mengandung aku terus teringatkan sesuatu kejadian...sesuatu yang berlaku itu membuatkan aku rasa takut..
Aku harap kejadian tuh tak kan berulang lg..seandainya berulang tObat aku teriyak keh3...



Selasa, 9 November 2010

Dibalik Derita Ada Bahagia..

Di dalam kehidupan Allah tidak mentakdirkan sesuatu melainkan ada kebahagiaan untuk hambaNya kerana Allah Maha Bijak dan Maha Mengetahui. Itulah sebabnya Allah tidak akan memberikan kesia-siaan. Tidak ada ketentuan Allah tanpa adanya hikmah. Betapa banyak kebaikan dan kebahagiaan yang berlimpah tersembunyi dibalik peristiwa yang menyakitkan hati tanpa kita sadari. Sebagaimana Firman Allah.

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (QS. al-Baqarah : 216).

Allah menguji kita dengan berbagai cubaan kerana Allah lebih tahu kebaikan bagi kita. Jadi, cubaan dan ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita, agar kita tercegah dari kehancuran dan azab yang jauh lebih besar. Akan tetapi seringkali kita malah berprasangka buruk kepada Allah kerana ujian dan cubaan itu dan kita tidak pernah merasa bahwa sesungguhnya Allah berbuat baik kepada kita dengan cubaan dan ujian yang Allah telah berikan.

Segalanya berjalan, sesuai dengan qadha' dan ketentuanNya.
Disebalik segala peristiwa ada suka, ada duka
Apa yang selama ini ku takutkan, malah menyenangkan
Apa yang selama ini ku dambakan, malah justru menyedihkan.

Ya ALLAH terima kasih diatas segala nikmat yang kau berikan kepadaku..
Sesungguhnya aku hambaMU yg sering terleka tapi aku sangat bertuah
memilikiMU yang sering memberi peringatan kepadaku tanpa jemu.
Peringatan & cubaa agar aku terjaga dari terleka & agar aku terhindar dari azabMU..


Khamis, 4 November 2010

Lagenda Budak Setan


Tadi awal2 pagi aku dah layan cerita nih heee...aku baru nak tengok..poyo tul.
Dulu masa zaman remaja aku pernah baca novelnya punya la tebal.
Nasib baik jalan cerita LBS nih best so tebal pn boleh habis..

Cerita nih buat aku jadi jiwang la plk..

Cinta
Ada apa dengan cinta
Sehingga bisa mengubah segalanya

Cinta
Sangat membahagiakan
Cinta jua bisa buat hidup menderita

Hargailah setiap rasa cinta yang kita miliki
Kerana cinta bisa hilang dan meninggalkan kita

Cinta
Tidak bisa di paksa
Tapi
Cinta
Bisa dipupuk



Semoga kita semua bahagia bersama rasa cinta yang kita miliki hari ini..

Rabu, 3 November 2010

Hari Jumaat Yang Best....

Ades dah byk kali tertangguh nak publish cerita nih utk tatapan semua tapi 2 3 hari nih
bz sikit. Walaupun dapat cuti banjir 2 hari aku tetap bz sebab rumah
aku pun air naik jugak tapi x la banyak sangat.

Sebenarnya dah lama aku nak berjalan2 ke sini tapi asyik tak jadi ja..
Jumaat 29/10 baru kami sekeluarga berkesempatan berjalan ke sini.
Sambil melayan karenah muqriz yang makin hari makin bertambah akalnya..

Kami kesini...

Kuala Perlis.
Berpacaran di tepi pantai..aku sangat2 gembira dapat datang kesini..
Melihat ombak memukul pantai & melihat burung beterbang terasa dada lapang sekali..
Di hati pun terdetik sungguh indah ciptaanMU Ya ALLAH...


Dua lelaki kesayanganku


Jauh ku renungi perjalanan hidup ini...
keh3..dan lagi berlakon tapi x jadi pun reaksi muka yg x menjadi...
Muka tak macam org merenung nasib tapi macam nampak balak handsome ja keh3..

Nih baru macam merenung kehidupan..tapi aku rasa mamat nih teringat awek
dia nih nampak lain macam ja..

Bawak muqriz main2 kat taman permainan dia sangat teruja dapat main kat cini..

Senyuman ini penawar duka aku..


Apa yang aku ada hari ini sangat2 bermakna dan aku amat menghargainya..
Semoga ia terus kekal selamanya..
Walaupun kekeliruan menghampiri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...