Halaman

Peminat Setia ku..

Selasa, 10 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN SEMUA..



Pejam celik pejam celik, dah nak habis setahun. Cepat sungguh masa berlalu alhamdulillah,
ramadhan al-mubarak 1431 hijrah kali nih aku sambut bersama suami & anakku..
Walaupun kami tinggal ramai dlm satu bumbung aku cuma sebut suami ngan anak ja..
Keh3..jgn la marah bukan x nk sebut tapi saja ja..jgn terasa plk errkk..

Kini, Ramadhan akan tiba lagi. Dengan pelbagai tawaran, jaminan dan berita gembira. Ramadhan yang pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan manakala akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka. Ramadhan adalah hari yg sgt istimewa dimana diikat segala syaitan, dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Ramadhan juga membuka ruang bagi orang-orang beriman menggandakan pahala amalan mereka, di mana amalan sunat akan diganjarkan seperti mengerjakan amalan fardhu manakala amalan fardhu digandakan dengan 70 amalan pada bulan-bulan lain. Itulah serba sikit pengetahuan tentang istimewanya bulan ramadhan pada pengetahuan aku..

Bersediakah kita akan kedatangan Ramadhan. Bersediakah merebut ruang dan peluang yang bakal dihidangkan. Sedar atau tak sesungguhnya ALLAH s.w.t telah menyediakan byk peluang dan ruang untuk umat2nya. Hanya tinggal kita utk melaksanakannya..
Sama2lah kita merebut peluang yg ada.. selagi kita masih berpeluang dan diberi peluang...

Aku pun sudah tanamkan satu azam dalam diri aku di mulai dengan bulan ramadhan ini..
Aku harap sangat bantuan dan bimbingan dariNYA.. dan dari suami tersayang. Untuk aku hambaNYA yg mudah lupa
asal usul & sering alpa dari mana aku dtg dan pada siapa aku akan kembali..
Bila aku bermuhasabah diri banyak benda yg pelajari dan aku bertekad utk perbaiki
kelemahan2 yg ada pada aku..

Semoga, kita semua sentiasa mendapat hidayah Allah di dalam memperjuangkan agama dan tuntutan-tuntutannya. Buat diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya. Agar kita segera keluar daripada segala permasalahan dan kerosakan manusia dan kemanusiaan yang semakin mendapat tempat dalam kehidupan hari ini.

Dan sempena bulan ramadhan yg bakal menjelma aku ingin memohon maaf kepada
semua kawan2 sekiranya aku ada mencakar hati korang..
Selamat Mengerjakan Ibadat Puasa semua..











Tiada ulasan:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...