Halaman

Peminat Setia ku..

Rabu, 27 Oktober 2010

Si Nujum PauL Dah Mati...



Sotong Paul yang menjadi isu hangat semasa pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan kerana meramalkan tepat keputusan-keputusan perlawanan penting disahkan mati pada pagi (Selasa/26 Okt 2010) Ini disahkan oleh Sea Life Aquarium, Jerman, pusat akuarium yang membela Paul. Paul yang berumur 2 tahun setengah dijumpai mati di dalam tangki tempat dia disimpan.

Dia mati disebabkan penyakit biasa pada sotong dan bukanlah satu yang pelik sotong mati dalam umur yang pendek. Antara haiwan lain yang mengikut jejak langkah Paul ialah burung bayan di Singapura dan burung kakak tua Lorenzo di Hannover, Jerman.

Namun burung bayan & burung kakak tua tidak sebagus paul.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.







2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hdup lg ek stong ni
ingtkn dh kne gulai
huhu

Murni berkata...

buat gulai x sedap buat sambal layan la..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...