Halaman

Peminat Setia ku..

Ahad, 23 Januari 2011

Isteri Bekerja..

Di zaman serba canggih sekarang ini, ramai isteri terpaksa bekerja atas pelbagai sebab.
Kos sara hidup yang semakin meningkat juga salah satu faktor menyebabkan isteri zaman sekarang terpaksa bekerja..

Aku juga salah seorang dari isteri yg bekerjaya ececee..mcm kerja bagus sgt bunyinya geh3..
Kadang2 tuh pernah jugak aku berangan jadi suri rumah sepenuh masa..perghh..best klu blh..
Seharian duduk di rumah bersama muqriz mesti best..
Tapi aku sedar bahawa aku perlu bekerja membantu incik suami..
Kalau duduk umah pn letih jugak wehh..ingat boleh gOyang kaki ja ka..
Tah2 lagi byk keja yg nak dibuat..

Ya aku akui 90% aku bekerja adalah utk membantu suami..10% lagi utk diri aku sndiri..
Lagipun aku punya kereta yg masih panjang hutangnya utk dijelaskan..
Aku plak bukan jenis yg suka meminta mungkin sudah terlatih sejak kecik apa saja yg aku
nak akan aku usahakan sendiri sampai dpt..
bertuah kan incik suami dpt isteri mcm aku haaaa...bapak perasan..

Dan aku masih ingat hari pertama mendapat status seorang isteri aku dh diajukan dgn satu soalan.."lepas kawen nih kerja x"?
Aku tak suka dengan soalan tuh..dalam hati berbicara mcm2...
Terasa mcm aku menjadi seorang isteri yg bakal menyusahkan suami klu tak keja..
Macam2 yg hanya aku yg tahu..hanya dlm hati aku..

Dalam kehidupan aku byk benda yg bermain difikiran..lemas rasanya bila otak di rasuk
dengan soalan..
Aku cuba memunasabahkan hati dengan membaca byk ilmu pengetahuan..
Supaya hati & otak aku menjadi lembut dan menerima apa jua masalah yg dtg..
Aku juga suka membaca nasihat dan komen2 yg seolah2 memujuk.
Walaupn hakikatnya aku tahu ianya x kan berubah..

Tiada ulasan:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...