Halaman

Peminat Setia ku..

Isnin, 7 Februari 2011

Tip dan Pencegahan..

Aku sangat2 risaukan muqriz..dia dh pandai memanjat.. pantang nmpak kerusi & tangga semuanya dia nak rabat ( panjat)..
Satu lagi tabiat muqriz dia sukO sgt main ngan binatang satu rumah dia ligan binatang tuh..
Kalau setakat kucing aku tak kisah sgt la nih lipas ngan cicak pn dia nk main..
Ohh..tidak takOt aku nanti silap2 dia mam nate2 tuh jenuh aku..

Bilik air harus sentiasa berkunci..kita ngah sedap2 berehat tgk tv sedar2 dia dh ada kat bilik air..
Bila di tanya nk buat apa mai bilik ayaq dia akan tunjuk tangan dia..
Yerr.. la tuh tgn kotoq ka adik nk main ayaq..sehari berpasang2 baju tukar asyik basah ja..

Untuk langkah berjaga2 aku ada cari tip dan pencegahan sekiranya berlaku kemalangan
kat umah..tak la kalut sgt nanti kalu jadi apa2..
Sekurang2nya aku dah tau apa nak buat..

Kecederaan yang sering berlaku terhadap kanak2 di rumah adalah seperti jatuh, lemas, keracunan & melecur.

Jatuh

Jatuh - anak yang jatuh dari ketinggian dua atau tiga kaki (0.6 hingga 0.9 meter) boleh cedera teruk. Antara kawasan berbahaya yang boleh menyebabkan kanak-kanak jatuh ialah tangga, tingkap dan beranda. Ibu bapa mesti sentiasa berwaspada dan memberi perhatian kepada prinsip yang boleh mengelakkan kecederaan.

  • Jangan tinggalkan bayi bersendirian di katil, sofa atau meja menukar lampin. Jika hendak menjawab telefon atau membuat kerja lain, bawa bayi bersama.
  • Pastikan tangga tidak gelap dan tiada barang bertaburan dan ingatkan anak-anak kawasan tangga bukannya tempat bermain.
  • Gunakan pagar keselamatan di atas dan di bawah tangga untuk mengelakkan anak daripada turun naik tangga sesuka hati.
  • Jauhkan anak daripada bermain di beranda atau bumbung rumah.
  • Jauhkan perabot dari tingkap kerana anak boleh memanjat perabot yang berhampiran.
  • Jangan tinggalkan anak yang berumur satu hingga dua tahun di dalam bilik mandi bersendirian. Pastikan jubin bilik mandi daripada jenis yang tidak licin.
  • Alat bertatih (walker) berbahaya jika anak tidak diawasi. Alat ini tidak akan mempercepatkan anak mula berjalan.
  • Jika buai sarung digunakan, pastikan : anak berumur kurang daripada 6 bulan, alaskan lantai di bawah buai dengan tilam atau bantal, jangan beli buai yang beroda dan anak-anak lain tidak bermain berhampiran dengan bayi di dalam buai.


Keracunan

Keracunan - minyak tanah, ubat-ubatan, cecair membasuh rumah, alat solekan dan ubat membunuh tikus adalah racun yang sering termakan oleh kanak-kanak. Semua racun ini boleh mengakibatkan maut. Apabila anak pandai berjalan, mereka akan cuba makan apa saja yang di jumpa mereka termasuk racun. Oleh itu, ibu bapa mesti memastikan rumah mereka selamat untuk anak dengan mengikuti nasihat berikut :

  • Semua jenis ubat perlu disimpan di dalam almari berkunci atau tempat yang tinggi dan selamat. Ubat yang beraneka warna akan menarik perhatian anak kerana mereka mungkin menjangkakan ia sebagai gula-gula.
  • Jangan letak minyak tanah atau cecair yang berbahaya lain di dalam bekas botol minuman yang terbiar kerana anak akan menyangka bahawa air di dalam botol itu boleh diminum. Cecair beracun patut disimpan di dalam botol yang berlabel dan disimpan di dalam almari yang berkunci sekurang-kurangnya 1.75 meter dari paras lantai.
  • Jangan makan ubat di hadapan anak kerana anak kerap meniru perbuatan ibu, bapa atau ahli keluarga lain.
  • Ubat harus disimpan di dalam bekas yang tidak dapat dibuka anak (child resistant container). Bekas-bekas ini ada dijual di farmasi tempatan. Jika ada anak di rumah, jangan simpan banyak ubat.

  • Racun tikus amat berbahaya! Jangan letak di lantai tempat anak sering bermain. Ubat tikus mesti diletakkan di kawasan yang tidak dapat dilihat dan diambil oleh anak. Lebih elok jika perangkap tikus digunakan kerana ia lebih selamat.


Lemas

Lemas - kebanyakan daripada anak yang mati lemas di Malaysia berpunca daripada anak yang lemas apabila berenang atau jatuh ke dalam sungai, kolam air dan laut. Adakalanya mereka lemas kerana diabaikan di dalam bilik mandi. Ibu bapa mesti berwaspada dan faham bahawa seorang anak boleh lemas apabila dibiarkan seketika saja walaupun air pada paras 6 sentimeter saja

  • Jangan biarkan anak berseorangan di dalam bilik air…. jika hendak menjawab telefon bawalah anak bersama.
  • Pastikan takungan air di dalam baldi, tempayan atau telaga sentiasa ditutup jika tidak digunakan.
  • Ajar anak yang berumur lebih daripada 3 tahun cara berenang walaupun diberi tunjuk ajar awasilah mereka apabila berenang.
  • Awasi anak apabila berjalan berhampiran sungai, kolam air, di tepi pantai. Parit dan longkang di tepi jalan berbahaya jika hari hujan.
  • Jauhkan anak daripada berenang di kawasan yang tidak dapat diawasi seperti sungai, bekas lombong dan laut yang dalam.
  • Sekiranya rumah mempunyai kolam renang ia harus dipagar apabila tidak digunakan. Tindakan ini dapat mengelakkan anak kecil daripada berlari dan terjatuh ke dalamnya.


Kebakaran dan melecur

Kebakaran dan melecur - kebanyakan anak yang mengalami kecederaan ini memerlukan rawatan di hospital. Ini adalah kerana melecur biasanya membabitkan kawasan kulit yang besar. Anak yang kecil sering melecur akibat tercurah cecair panas manakala anak yang lebih besar sering terbakar akibat bermain api. Kebanyakan kes melecur di rumah berlaku di dapur.

  • Jauhkan anak kecil dari dapur kerana di situlah air panas, minyak panas dan masakan panas disiapkan dan kemalangan boleh berlaku. Sebagai langkah keselamatan pastikan semua alat memasak (seperti kuali berisi minyak panas, kole berisi air panas) tidak dapat ditarik oleh anak yang masuk ke dapur.
  • Jangan tinggalkan aanak kecil berseorangan apabila makanan atau minuman panas dihidangkan di atas meja. Lebih-lebih lagi sekiranya anak bermain dengan alat bertatih, kerana ia dapat memanjat dan mencari makanan itu. Dalam usahanya, ia akan tersimbah air panas.
  • Jangan beri mancis kepada anak kerana ia akan bermain dengannya apabila ibu bapa keluar rumah.
  • Sampah-sarap perlu dibakar oleh orang dewasa dan bukannya anak kecil. Jangan buang tin "aerosol" ke dalam api kerana ia boleh meletup.
  • Jangan biarkan anak bermain mercun. Tiap-tiap tahun menjelang hari perayaan, ramai anak-anak tercedera akibat bermain mercun.
  • Kunci semua bahan api seperti minyak tanah, petrol, dan lain-lain yang boleh menyebabkan kebakaran.
  • Jaga wayar alat-alat masakan seperti cerek, periuk nasi, dan sebagainya.
  • Jangan lupa bahawa dapur adalah kawasan yang berbahaya kepada anak anda.


Tips Dipetik daripada buku Penyakit Kanak-kanak A-Z- Panduan untuk Ibu Bapa oleh Dr Iean Hamzah Sendut & Prof. Dr Zulkifli Ismail ISBN 981-204-584-8 (tahun 1996).


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...