Halaman

Peminat Setia ku..

Ahad, 27 Februari 2011

Pagi2 Udah Layan emO..

Assalammualaikum semua..
Hari nih & mungkin sampai 10/03/2011 aku mengantikan tempat kwn aku yg sedang cuti menantikan hari bahagianya. Semoga majlis perkahwenannya berjalan lancar aminn...

Pagi tadik datang keja ngan semangat yg x brapa nk byk semangat berada di tengah2 ja huhuu..
Macam biasa on ja semua pc yg ada dalam lab aku kembali duduk di meja kaunter..bukak radio online.
Cuba teka aku suka dengar radio apa...heee..radio pilihan aku taraaa..Sinar fm..
Di pagi hari mendengarkan segmen Kisah & Lagu sangat melayan hati keh3..poyo toi..
Tiba2 aku terdengar lagu dari aris ariwatan 1 2 3 4 terus laju ja air mata nih mengalir teringat kat mak
ngan ayah sgt2 rasa bersalah dengan keduanya..

Satu.. kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambuku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai, Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

Dan kini dalam usia 27 tahun aku sudah mempunyai seorang anak lelaki & insyallah awal bulan7/ 2011
aku akan melahirkan seorang lagi cahaya mata.
Setelah begelar isteri & ibu aku semakin mengerti hati seorang Mak....
Rupanya2 sangat payah menjadi seorang Mak tak semudah melafaz ABC..& tak semudah mengira 123..
Banyak dugaan & rintangan yg harus dilalui.. 
Aku mahu menjadi seperti Mak..
Mahu tabah..
Mahu sabar..
Mahu yg baik2 aja.. tapi mana bisa memilih..

Andai nanti ada kesilapan apa adil aku disalahkan katanya "salah didikan mak pak la budak tuh jadik mcm tuh" huhuu..sgt ngeri aku mendengar kata2 itu.
 Terasa takut untuk terus menapak tapi tak mungkin aku akan berpaling & mengundur..
Insyallah sedaya upaya aku akan usahakan..
Untuk menjadikan hari2 esok baik2 aja.

2 ulasan:

Siti Nurhayati Dollah berkata...

Sebak hati yang sedia sebak, bila baca ni.

Murni berkata...

maaf yati buat yati turut sedih..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...